
KIRA-KIRA lima hari lagi sebelum aksi menentang Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Selasa depan.
Perlawanan pembuka tirai 2024 berkenaan sememangnya amat penting buat Harimau Malaya untuk memulakan kempen dengan langkah kanan sebelum berdepan dua lagi pasukan Asia Tenggara, Laos dan Vietnam.
Walaupun Harimau Malaya sudah dimeriahkan dengan kehadiran dua pemain warisan baharu iaitu Gabriel Palmero serta Hector Hevel namun seorang lagi tonggak yang tersenarai dalam 27 pemain masih belum kelihatan.
BACA LAGI: Misi 'do or die', lupakan ke Piala Asia andai bergelut berdepan Nepal — Pekan Ramli
BACA LAGI: Malaysia rumah kedua saya, Gabriel Palmero lahir dari akademi hebat Sepanyol — Ramon Marcote
Sesi latihan yang sudah memasuki hari keempat itu masih belum diceriakan dengan kehadiran pemain tengah Harimau Selatan berkenaan. Ia menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong mengenai statusnya.
Tidak mahu penyokong terus membuat spekulasi, pengendali Harimau Malaya iaitu Peter Cklamovski berkongsi bahawa pemain berusia 38 tahun berkenaan sedang menjalani pemulihan secara individu.
Hal ini kerana, tonggak warisan berkenaan masih belum pulih daripada kecederaan yang dialaminya sewaktu mewakili Harimau Selatan. Kali terakhir Natxo kelihatan adalah pada aksi menentang Buriram United.
“Kedua-duanya dalam mood rehab”, Peter Cklamovski on Natxo Insa dan Arif Aiman.@ASTROARENA pic.twitter.com/eWS38YvRGs
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 20, 2025
Cklamovski juga memberitahu perkembangan penyerang sayap, Arif Aiman Hanapi yang juga menjalani pemulihan ekoran mengalami kecederaan susulan aksi Liga Super menentang Penang FC pada Ahad.
"Kedua-duanya dalam mood rehab.
"Ada situasi di mana dia (Natxo) boleh kembali menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan dalam beberapa hari lagi tetapi ia pendekatan dari hari ke hari berdasarkan pemulihannya," katanya memetik wawancara bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Bagaimanapun, dalam hantaran terbaru Malaysia NT, pemain berusia 22 tahun itu kelihatan cergas tanpa sebarang balutan di kaki dengan ia menjadi petanda baik buat penyokong untuk menyaksikannya ketika berdepan Nepal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram