‘Tiga point milik kami’, Saddil Ramdani berang kemenangan The Rhinos ‘dinafikan’ Zuhadi Dzulkifli


  • Podium
  • Sabtu, 08 Mac 2025

Saddil meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan lain. — Sabah FC

GARA-GARA keputusan seri 2-2 menentang Terengganu FC, pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani, tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dikendalikan oleh Ahmad Zuhadi Dzulkifli di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat (7 Mac).

Pemain Indonesia itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil sehingga mendapat respons di media sosial.

Pemburuan tempat ketiga semakin sengit apabila kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan berkongsi satu mata walaupun pada awalnya Sabah hampir memenangi perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Senasib Nafuzi Zain, gugur air mata jantan Victor Andrag lepas tersungkur di Darul Aman

BACA LAGI: Kobbie Mainoo pilih tinggalkan Man United, tambah derita Amorim

Begitupun, pemain berusia 27 tahun itu meluahkan rasa kecewanya sambil berang dengan pegawai perlawanan usai wisel penamat dibunyikan.

"Pengadil n**is. Kepimpinan kamu sangat merugikan kami.

"Kami sepatutnya membawa pulang tiga mata penuh!" katanya di Instagramnya.

Kritikan yang dilontarkan oleh Saddil terhadap Zuhadi.

Perkara ini sudah pasti mendapat tumpuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundram, yang akan memberi penilaian aksi di Gong Badak itu.

Selepas ini, Sabah akan menentang finalis Piala Cabaran, PDRM FC, bagi memburu tiga mata penuh April depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram