
KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa berputih mata selepas tewas di halaman sendiri meskipun berjaya mendahului perlawanan semasa separuh masa pertama.
Jaringan awal pemain import, Mirlos Gordic tidak dapat memastikan Kedah membawa pulang tiga mata berharga di Stadium Darul Aman pada Jumaat (7 Mac).
Karakter kebangkitan yang dipamerkan oleh Kuala Lumpur City FC (KL City) gagal dihentikan anak-anak buah Victor Andrag yang rata-ratanya dibarisi pemain-pemain muda.
BACA LAGI: Jaringan roket Fadzrul Danial gagal sekat KL City bawa pulang 3 mata
BACA LAGI: Jaringan 'corner' Puskas Safawi Rasid selamatkan maruah Terengganu di laman sendiri
Dengan masalah kemelut dalaman dan isu tunggakan dihadapi gergasi Sang Utara itu, ia boleh dianggap keputusan baik berjaya diperolehi Andrag dan anak-anak buahnya apabila tewas tipis 2-3 di halaman sendiri.
Namun begitu, tiada siapa dapat merasakan isi hati seorang jurulatih apabila pengganti Nafuzi Zain itu dilihat sebak di tepi padang selepas tamat perlawanan.
Menghadapi ujian sama seperti Nafuzi Zain, Andrag juga gagal memujuk pemain-pemain senior lain seperti Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali dan Irfan Zakaria untuk turun beraksi buat Sang Kenari.
Selain itu, hanya dua import memilih untuk kekal setia bersama Kedah iaitu Gordic dan Ebenezer Assifuah selepas empat yang lain meninggalkan pasukan.
Sony Norde dan Cleylton Santos memilih untuk meneruskan karier mereka di Indonesia.
Manakala Habib Haroon dan Sukhrob Nurullaev memilih untuk pulang ke tanah air mereka selepas tidak mendapat gaji daripada pihak pengurusan.
Kini Sang Kenari hanya memiliki beberapa pemain berpengalaman seperti Ifwat Akmal, Ariff Farhan, Halim Saari dan beberapa ubi muda.
Ujian yang dihadapi Andrag kini sama seperti Nafuzi sebelum ini selepas beliau memilih untuk meninggalkan Kedah apabila mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengendalikan skuad Harimau Muda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram