
PERTAHANAN tengah Sabah FC, Haris Stamboulidis memberi bayangan mahu segera kembali bermain untuk The Rhinos selepas dia difahamkan baru selesai menjalani rawatan berkaitan kecederaannya.
Pemain dari Australia itu baru-baru ini dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang rahang berikutan berlanggar dengan Saddil Ramdani ketika sesi latihan The Rhinos.
Akibat pelanggaran berkenaan, pemain berusia 28 tahun tersebut perlu melupakan sepenuhnya saingan liga yang masih berbaki empat perlawanan lagi untuk pasukan berpangkalan di Borneo tanah air itu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Darren Lok keseorangan', kehilangan 2 peledak Brazil gusarkan fans Sabah FC
BACA LAGI: Sabah bukan yang pertama, Selangor lebih awal dihantui badi penalti 3 aksi terdahulu
Perkembangan terbaharu mengenai keadaan Stamboulidis, pemain berketinggian 1.86 meter berkenaan mengucapkan penghargaannya kepada penyokong Sang Badak.
“Terima kasih Tuhan kerana melindungi saya. Tuhan memberkati keluarga, rakan-rakan, dan doktor yang telah menyokong saya sepanjang waktu ini.
“Kepada penyokong Sabah, saya berharap dapat kembali segera dan membuat anda bangga,” katanya menerusi satu hantaran pada laman Facebook.
Untuk rekod, Stamboulidis menjadi pemain kedua Sabah yang diuji masalah kecederaan dengan Gabriel Peres kemungkinan menjadi tonggak pertama terpaksa melupakan musim ini akibat kecederaan lutut.
Tangkap layar hantaran Stamboulidis.
Selain itu, bahagian serangan Sabah FC juga sedikit goyah apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal sementara kepada penyerang Brazil, Joao Pedro yang dipinjamkan ke Ho Chi Minh City.
Untuk rekod, Stamboulidis yang dibawa masuk pada awal musim 2024/2025 merupakan pemain versatil kerana mampu bermain di beberapa posisi seperti pertahanan tengah atau pemain tengah bertahan.
Bagaimanapun, pertahanan itu tidak mampu bersaing tempot dengan Dominic Tan dan Peres di posisi bek tengah dengan dia hanya merekodkan 10 perlawanan pada musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram