
SAINGAN Perodua National Amateur Golf Series (PNAGS) 2025 membuka tirai dengan aksi penuh mendebarkan, namun pemain berbakat, Zakaria Mohammad tampil lebih bergaya setelah berjaya mengungguli kategori Medal A.
Dalam pusingan pembukaan yang berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu, pemain tersebut mencatatkan 73 nett OB untuk mengatasi pencabar terdekatnya, Muhammad Eddy yang turut merekodkan catatan sama.
Zakaria yang baru sahaja tampil buat kali pertama dalam PNAGS berjaya mempamerkan aksi konsisten untuk mencatatkan tiga birdie, tiga bogey, dan dua double bogey sepanjang pusingan.
BACA LAGI: PNAGS medan pemain amatur tingkatkan kemahiran, bersaing di peringkat global – Hannah Yeoh
BACA LAGI: 'Ini kemenangan untuk Terengganu', skuad Sang Penyu cemerlang rangkul gelaran juara PNAGS 2024
Dari kiri: Ahmad Fadzli Mohd Nor (Medal D), Mohd Fauzi Md Piah (Medal B), Zakaria Mohammad (Medal A), Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi Perodua, Isac Saminathan, Presiden WAGC, Hasnata Hasan (Medal C) dan Mohd Faizal Zainal (Medal E) di majlis penyampaian hadiah.
"Saya bersyukur atas kemenangan ini. Saingan sangat sengit dan saya berterima kasih kepada penganjur serta semua pihak yang telah memberi sokongan," katanya yang beraksi dengan handicap 3.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan pemain tersebut untuk ke PNAGS 2025 National Final yang dijadual berlangsung di Saujana Golf & Country Club pada September nanti.
Pusingan pembukaan tersebut turut menyaksikan persaingan sengit antara 123 pemain amatur berbakat dengan kategori Medal B diungguli Mohd Fauzi Md Piah yang mencatatkan 68 nett.
Kejohanan yang diiktiraf Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) itu akan diteruskan dengan 13 lagi pusingan di kelab golf seluruh negara.
Ia akan diadakah selepas sambutan Syawal yang pasti akan menjanjikan lebih banyak aksi menarik dan mendebarkan dalam kalendar pemain gol amatur sekitar Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram