
PASUKAN akar umbi Selangor FC, Selangor FC II kini dalam landasan terbaik untuk menjuarai Piala MFL selepas berjaya memintas Johor Darul Ta'zim II (JDT II) apabila dibezakan dengan dua mata.
Berbaki empat perlawanan, Selangor II perlu memenangi kesemua aksi untuk memastikan mereka mendakap trofi yang dijulang oleh Terengganu FC II pada musim lalu.
Namun di sebalik kejayaan Selangor II ada seorang pemain muda yang memikat hati penyokong Gergasi Merah untuk melihat dia beraksi bersama skuad utama musim depan.
BACA LAGI: [VIDEO] Selangor, Terengganu wajar buru 3 import Liga Hong Kong 'salin' import otai musim depan
Pemain itu ialah Haykal Danish yang merupakan tonggak utama Selangor II dalam aksi Piala MFL.
Dalam aksi baru-baru ini, Selangor II berjaya menewaskan Perak FC II dengan keputusan 4-2 di Stadium UiTM, Shah Alam pada 18 Februari lalu.
Manisnya aksi tersebut, Haykal berjaya menempah nama selepas berjaya merobek gawang Perak II.
Berikutan prestasi cemerlangnya, 'ekor' Gergasi Merah berharap agar pihak pengurusan Selangor memberi peluang kepadanya untuk beraksi bersama skuad utama.
Selain itu, Haykal yang juga merupakan penyokong Selangor sejak kecil dan setia sehingga kini antara faktor pemain ke-12 Gergasi Merah mahu namanya di dalam skuad utama bermula musim depan.
"Haykal Danish dan abangnya Harry Danish penyokong Selangor sejak kecil kini berjuang untuk juarai Piala MFL.
"Haykal Danish bakat perlu diketengahkan skuad utama Selangor musim hadapan," kata Palatao Bola.
"Ikat enam tahun teruslah, jangan tidurlah pengurusan Selangor, nanti kelab lain sambar jangan menangis pula," kata Muhammad Faizal.
"Ikat kontrak panjang dan ketat, mungkin sesebuah kelab sedang menunggu dan bersedia untuk rembat," kata Kin Ng.
"Terbaik Selangor, 'ubi muda' Selangor memang padu, tak pernah mengecewakan," kata Khabib Chikonz.
Keputusan positif ke atas Perak II itu menyaksikan Selangor berada di puncak carta Piala MFL dengan 49 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram