‘Zainal Abidin, Dollah Salleh arif selok-belok dunia bola sepak’


  • Podium
  • Ahad, 16 Feb 2025

Barisan kepimpinan FAM baharu bagi penggal 2025-2029. — FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima nafas baharu selepas badan induk itu selesai menjalani Kongres Tahunan FAM-61 2025 sekali gus menerima kehadiran presiden serta ahli baharu.

Antara muka baharu ialah duo legenda bola sepak kebangsaan iaitu Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan yang akan menerajui FAM baharu bersama-sama Presiden, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub.

Namun begitu, muka-muka lama masih kekal memegang jawatan mereka seperti Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.

BACA LAGI: Mungkin dapat percuma, Jalil Elias ikut jejak Chico Geraldes tak balik JDT

BACA LAGI: 'Kino sampai bila nak simpan Faisal', fans Selangor mahu Kinoshi kembalikan aura 'siuuu'

Melihat kepada struktur baharu FAM, pemerhati sukan bola sepak, Afiq Rowley berpandangan Presiden FAM bakal menggalas cabaran besar dalam menetapkan semula bola sepak di negara ini.

Selain itu, dia juga menyambut baik kehadiran dua legenda bola sepak kebangsaan yang sudah lama berkecimpung dalam industri sukan itu sama ada sebagai pemain mahupun pengurusan.

“Cabaran besar Presiden FAM untuk menetapkan kembali hala tuju terbaik untuk membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi serta memperkasakan program akar umbi berkualiti tinggi.

“Impak positif, mereka (Dollah dan Zainal) mengenali sendiri selok belok dunia bola sepak serta pengalaman mereka mampu dicurahkan dengan baik buat rakan-rakan lain di FAM untuk menjadi lebih baik.

“Perubahan tetap akan berlaku kerana diterajui presiden baharu yang menyaksikan muka lama ini diperlukan juga untuk saling membantu,” katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, dia berharap perubahan baharu dapat dilakukan selepas mantan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin meninggalkan legasi yang baik buat badan induk itu.

“Saya mengharapkan perubahan baharu dapat dicetuskan oleh FAM selepas ini, ia selepas ditinggalkan dengan agak baik terdahulu oleh Hamidin.

“Cuma beberapa perubahan itu pastinya menuntut masa, dan FAM perlu menggunakan masa itu sebaik mungkin untuk terus menyakinkan para peminat,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram