
KERJA pembaikan dan pembersihan longkang monsun di sepanjang Jalan Pinggiran 3/4, Taman Pinggiran Batu Caves, Selangor akan bermula pertengahan Februari ini.
Dalam satu kenyataan kepada StarMetro, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor berkata, operasi pembaikan dan pembersihan itu akan dilaksanakan sekali sahaja tahun ini.
“JPS akan memohon peruntukan bagi menyelenggara longkang monsun secara berkala mulai tahun hadapan,” katanya.
BACA LAGI: 'Payslip' berubah, gaji minimum baharu RM1,700 manfaat lebih 4 juta pekerja bermula Sabtu
BACA LAGI: [VIDEO] Tinggalkan legasi 14 tahun bersama Puma, Antoine Griezmann kini duta but Decathlon
Dalam artikel StarMetro bertajuk 'Penduduk Batu Caves berdepan masalah banjir kilat' pada 4 Januari lalu, dilaporkan bahawa tanah runtuh telah merosakkan dinding longkang monsoon di kawasan itu.
Susulan itu, banjir kilat kerap berlaku di kawasan tersebut kerana sampah sarap yang tersumbat dalam longkang menyebabkan air melimpah ke dalam parit perimeter di luar kawasan rumah berhampiran.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, banjir menjejaskan rumah di kawasan berkenaan sebanyak enam kali sejak Oktober hingga Disember tahun lalu.
Dia juga berkata, sebanyak 13 buah rumah di sepanjang Jalan Pinggiran 3/3, jalan bersebelahan dengan Jalan Pinggiran 3/4, dibina kira-kira 0.6m lebih rendah daripada longkang monsun dan jalan raya menjadikannya kawasan itu lebih terdedah kepada banjir.
StarMetro telah meninjau kawasan itu pada 21 Januari dan mendapati longkang monsun masih tersumbat dan penuh dengan tumbuh-tumbuhan.
Jurucakap Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata, pihaknya menyedari isu itu dan akan melakukan pemeriksaan di tapak tersebut. — The Star/LEW GUAN XI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram