'Sikit lagi kena pecat', Kim Swee lakar kemenangan sulung lepas 8 perlawanan


  • Podium
  • Isnin, 20 Jan 2025

Sebahagian aksi yang ditampilkan oleh pemain Persis Solo (jersi putih) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jatidiri pada Isnin.

PERSIS Solo akhirnya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga 1 Indonesia selepas menewaskan PSIS Semarang dengan keputusan 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jatidiri, Kota Semarang, Indonesia pada Isnin.

Dalam aksi tersebut, penyerang Persis Solo, Ramadhan Sananta muncul wira apabila mencetak dua gol buat pasukan yang dikendalikan oleh bekas Ketua Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee.

Meskipun meraih kemenangan itu, Persis Solo terpaksa menelan pahit apabila Jordy Tutuarima dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan ulas kad merah Hidalgo, Fandi mahu Tok Gajah manfaat peluang di Temerloh

BACA LAGI: TFC pertaruh barisan terkuat hadapi PSM Makassar, Safawi-Azam Azmi disebut jadi sandaran utama

Sejak dilantik sebagai pengendali Persis Solo pada 3 Disember lalu, Kim Swee sudah pun mengharungi tujuh perlawanan liga dengan merekodkan tiga keputusan seri dan juga empat kekalahan.

Dengan kemenangan berharga itu, Kim Swee akhirnya meraih kemenangan pertama selepas lapan perlawanan berlangsung.

Dalam pada itu, ramai penyokong tanah air berasakan khidmat bekas pengendali The Rhinos itu akan ditamatkan ekoran prestasi yang tidak memberangsangkan itu.

Malah, ada yang beranggapan bahawa Kim Swee tidak akan kekal bersama Persis Solo dalam jangka masa yang panjang.

"Tak lama dia di sana, sikit hari lagi sure kena pecat," kata C'yem Kityy Benk.

"Lepas dapat dua tiga pemain baru akhirnya menang, confirm tak lama itu dekat Persis Solo," kata PokRull Wen.

"Nampak gaya macam sekejap saja Kim Swee di Indonesia, sudah lapan perlawanan tapi baru satu kali menang," kata Arnold Mike.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram