Demi minit permainan, Anthony dilepaskan ke kelab La Liga secara pinjaman


  • Podium
  • Isnin, 20 Jan 2025

Perpindahan Antony ke Real Betis dijangka membantu pemain sayap kelahiran Brazil itu mendapatkan minit permainan yang lebih kerap.

PEMAIN sayap Manchester United, Antony dilaporkan bakal dilepaskan dan menyertai kelab La Liga, Real Betis.

Berita itu dikongsikan oleh pemerhati sukan terkenal, Fabrizio Romano di laman X pada Isnin.

Menurutnya, pemain sayap berusia 24 tahun itu akan melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke bumi Sepanyol.

BACA LAGI: TFC pertaruh barisan terkuat hadapi PSM Makassar, Safawi-Azam Azmi disebut jadi sandaran utama

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan ulas kad merah Hidalgo, Fandi mahu Tok Gajah manfaat peluang di Temerloh

"Antony dijangka menyertai Real Betis selepas perjanjian lisan dicapai antara semua pihak termasuk Manchester United.

“Dokumen-dokumen kini sedang disemak dan Antony akan berlepas untuk ujian perubatan.

"Manchester United bersetuju melepaskan Antony secara pinjaman tanpa klausa pembelian dan pemain sayap itu akan kembali ke United secara rasmi pada bulan Jun tahun depan," katanya.

Perpindahan tersebut dijangka membantu pemain sayap kelahiran Brazil itu mendapatkan minit permainan yang lebih kerap bersama pasukan yang dibimbing Manuel Pellegrini itu.

Beraksi bersama The Red Devils, Antony hanya menjaringkan satu gol daripada 14 perlawanan dalam semua kejohanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram