[VIDEO] TMJ 'hint' pemain warisan dari Eropah Selatan, Naim Garcia, bintang Liga Greece sertai Harimau Malaya?


  • Podium
  • Isnin, 13 Jan 2025

Nama Naim Garcia mula kembali menjadi sebutan penyokong bola sepak tempatan. — Agensi

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim secara rasmi mendedahkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti tujuh pemain warisan baharu buat Harimau Malaya.

Usaha mendapatkan pemain warisan sebelum ini terbantut selepas beberapa pemain telah tampil menafikan bahawa mereka mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Usaha itu kembali mendapat sinar selepas beberapa siri pertemuan yang diatur oleh Tunku Ismail dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di Qatar bulan ini.

BACA LAGI: Kehadiran bintang warisan buka peluang pemain lokal tonjol prestasi terbaik — Safawi Rasid

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan pemain tumpuan, aksi lincah Katsuhito Kinoshi dalam derbi Lembah Klang pikat fans Selangor

Tunku Ismail turut mendedahkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan itu berpangkalan di Eropah Selatan dan bukan berasal dari England sama seperti dikongsikan oleh laman FR Future Talents sebelum ini.

"Kebanyakannya bermain di liga teratas Eropah. Tiada pemain dari England. Kebanyakannya dari Eropah Selatan."

Ini sekali gus kembali mengaitkan bekas graduan FC Barcelona, Naim Garcia bersama Harimau Malaya kerana umum mengetahui pemain itu kini beraksi dalam saingan LaLiga di Sepanyol.

Selain itu, laman Instagram @Sembangbolaaa pula berpendapat pemain tengah kelab Greece, Aris FC juga bakal menyertai revolusi Harimau Malaya.

Majoriti senaraikan dua pemain yang mungkin antara tujuh bintang seperti didedahkan oleh Tunku Ismail dalam media sosial:

1. Naim Garcia (CD Leganes)

Pemain berusia 23 tahun, Naim Garcia kembali disebut oleh penyokong selepas dia dilahirkan di Sepanyol dan sedang beraksi bersama CD Leganes dalam LaLiga musim ini.

Naim yang mampu beraksi di posisi sayap menepati kriteria yang dikongsikan oleh Tunku Ismail dalam media sosial pada Sabtu (11 Januari).

Pemain CD Leganes itu merupakan bekas graduan Akademi Real Madrid namun namanya lebih sinonim dengan FC Barcelona selepas dipinjamkan ke kelab tersebut pada musim 2023/24.

Kini Naim sudah pulang ke pangkuan kelabnya, CD Leganes selain pernah dipercayai memiliki pertalian darah dengan Malaysia kerana bapanya berasal dari Sabah.

2. Ramon Rodriguez Jimenez (Aris FC)

Ramon Rodriguez Jimenez atau lebih dikenali sebagai Monchu merupakan pemain tengah Aris FC, salah satu kelab terkemuka dalam liga bola sepak Greece.

Perpindahan tersebut dilihat sebagai langkah penting dalam karier pemain Sepanyol itu, yang sebelum ini pernah beraksi untuk beberapa kelab ternama seperti FC Barcelona B, Girona, dan Valladolid.

Monchu, yang terkenal dengan kreativiti, ketenangan di tengah padang, dan kemampuan untuk mencipta peluang, diharapkan dapat memberikan impak besar kepada skuad Aris FC.

Dengan pengalamannya bermain di La Liga, kehadiran Monchu dijangka akan meningkatkan kualiti bahagian tengah pasukan dan membantu mereka bersaing di liga serta pertandingan Eropah.

Menerusi perkongsian @Sembangbolaa pemain itu sudah diikuti rapat oleh individu yang dipercayai oleh Tunku Ismail iaitu Kiko Insa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram