INSIDEN rusuhan telah mewarnai perlawanan Liga 2 Indonesia antara Deltras FC dan Persibo Bojonegoro di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Indonesia pada Sabtu (11 Januari).
Perlawanan yang sepatutnya menjadi penentuan untuk melangkah ke peringkat lapan terbaik liga bertukar menjadi insiden memalukan apabila gol masa kecederaan oleh Persibo mencetuskan kemarahan pemain, pegawai, dan penyokong pasukan tuan rumah.
Pertandingan berlangsung sengit sejak awal apabila Deltras mendahului 1-0 sehingga hampir tamat masa permainan.
BACA LAGI: Pemain Malaysia terus dipandang sepi, 5 bintang Asean jadi rekrut baharu kelab Thailand
Liga 2 Indonesia 2024-2025.
Persibo cetak gol di injury time. Skor 1-1. Pemain Deltras ngamuk, anggap gol tidak sah, ngejar wasit. Wasit lari ke ruang ganti. Pemain Deltras tawuran dgn pemain Persibo. Penonton masuk ikut2an nyerang pemain Persibo.
Keren nggak sepak bola kita? pic.twitter.com/VqjE0Qt3DR
— A. Ainur Rohman (@ainurohman) January 11, 2025
Namun, pada minit ke-49 dalam masa kecederaan separuh masa kedua, Persibo berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol dramatik Amir Hamzah.
Gol tersebut bermula daripada serangan balas pantas selepas sepakan percuma dilakukan dengan segera, bola yang sempat mengenai tiang gol terbias tepat ke Amir Hamzah, yang kemudiannya berjaya menjaringkan gol ke gawang Deltras.
Keputusan pengadil untuk mengesahkan gol itu segera mencetuskan protes daripada pemain-pemain Deltras.
Mereka berpendapat jaringan tersebut tidak sah, dengan alasan pasukan mereka belum bersedia ketika sepakan percuma dilakukan.
Selepas gol tersebut disahkan, keadaan menjadi tegang apabila pemain Deltras bertindak mengejar pengadil perlawanan sambil menuduhnya membuat keputusan yang salah.
Kemarahan para pemain merebak menjadi pergaduhan di atas padang antara kedua-dua pasukan.
Kerusuhan semakin memuncak apabila penyokong Deltras turun ke padang apabila turut mengejar pengadil hingga ke dalam bilik persalinan.
Selain itu penyokong juga menyerang beberapa pemain Persibo, termasuk Osas Saha, Feri Pahabol, dan Enzo.
Para pemain Persibo dilaporkan menerima pukulan, tendangan, dan lontaran botol daripada penyokong yang marah.
Keputusan seri 1-1 menyebabkan Deltras gagal melangkah ke peringkat lapan terbaik Liga 2 musim 2024/2025.
Kekecewaan terhadap keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah menjadi punca utama kerusuhan tersebut.
Insiden tersebut menambah satu lagi catatan hitam dalam Liga 2, yang sebelum ini juga beberapa kali diwarnai rusuhan.
Keadaan seperti itu tentunya menjadi perhatian besar buat pengelola liga, terutamanya Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), dalam memastikan keselamatan dan keadilan pada setiap perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram