[VIDEO] Bukan pemain tumpuan, aksi lincah Katsuhito Kinoshi dalam derbi Lembah Klang pikat fans Selangor


  • Podium
  • Ahad, 12 Jan 2025

Kinoshi menggantikan Nidzam Jamil yang melepaskan jawatannya pada tahun lalu.

PERLAWANAN Liga Super minggu ini pasitnya tertumpu kepada saingan derbi Lembah Klang selepas sekian lama aksi liga domestik berehat panjang.

Selangor turun beraksi di laman sendiri dengan momentum terbaik apabila meraih kemenangan berturut-turut dalam lima aksi terakhir termasuklah menewaskan Kelantan Darul Naim FC sebelum ini.

Manakala Kuala Lumpur (KL) City pastinya mahu bangkit selepas tumpas di tangan Lion City Sailors dalam saingan Shopee Cup selain disingkirkan oleh Johor Darul (JDT) dari aksi Piala Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sudah masanya lihat Malaysia Golden Boy' fans Rangers senarai kelebihan Arif Aiman ke Eropah

BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati jaringan lawan disahkan, satu stadium kejar pengadil liga bawahan Indonesia sampai bilik persalinan

Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi juga sudah memberikan bayangan 11 pemain yang akan diturunkannya berdepan KL City dalam aksi Liga Super pada Ahad.

"Ya, saya sudah ada (bayangan kesebelasan utama) tetapi belum diputuskan 100 peratus lagi, dalam 95 peratus."

Menurut Kinoshi, setiap aksi memiliki perancangan tersendiri namun beliau enggan memberitahu nama mereka yang akan turun kerana percaya setiap pemain mempunyai peluang.

"Pelan tetap pelan tetapi saya tidak boleh dedahkan siapa yang akan bermain dan siapa yang tidak."

Namun begitu, dalam kehangatan penyokong tentang aksi derbi Lembah Klang, pemain ke-12 Gergasi Merah cukup tertarik dengan semangat ditunjukkan oleh Kinoshi semasa latihan pasukan.

Kinoshi yang sudah berusia 60 tahun tidak kekok untuk turut sama menunjukkan contoh permainan dikehendakinya semasa latihan.

"Walaupun Kinoshi dah 60 tahun tapi masih lincah," kata Aiman Daniel.

"Tengok jurulatih ini rasa aura baharu, teruskan Selangor," ujar Kai Sharkz.

"Nampak cergas betul jurulatih Jepun ini," luah Nor Azhar Aai.

"Padu jurulatih ini siap demo lagi," komen Muchlis Abd.

Aksi Selangor menentang KL City akan berlangsung pada Ahad, 12 Januari di Stadium MBPJ dengan sepak mula dijadualkan tepat pukul 5.15 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram