Semangat kami lain macam walaupun lawan Arsenal dengan 10 pemain — Amorim


  • Podium
  • Isnin, 13 Jan 2025

Dalam penentuan sepakan penalti pada aksi tersebut, Manchester United menewaskan Arsenal 5-3. — Agensi

RUBEN Amorim percaya pasukannya kendaliannya, Manchester United layak untuk melakar tempat ke pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Arsenal di gelanggang lawan menerusi penentuan sepakan penalti.

Manchester United terpaksa bermain dengan 10 pemain dari minit ke-61 selepas pertahanannya Diogo Dalot menerima kad kuning kedua kerana mengasari Mikel Merino.

Dalam aksi tersebut, pelawat berusaha keras untuk membawa permainan ke masa tambahan sebelum ke penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1.

Dalam penentuan sepakan penalti pada aksi tersebut, Manchester United menewaskan Arsenal 5-3.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Semasa pertemuan sebelum ini di Emirates pada 4 Disember lalu, Manchester United tewas 0-2 di tangan The Gunners, sekali gus merupakan kekalahan pertama Amorim selepas dilantik mengendalikan The Red Devils.

Amorim berkata: ‘Kami menunjukkan semangat lain macam yang berbeza (berbanding perlawanan terakhir kami menentang Arsenal), walaupun dengan 10 pemain.

"Kami sedang menambah baik aspek itu. Saya rasa kami menghadapi banyak kesukaran pada awal permainan untuk mengawal permainan dengan bola.

"Kami kesukaran untuk mendapatkan dan memegang bola. Mereka (Arsenal) membawa masuk pemain baharu, mereka mengawal bola sepanjang masa dan situasi itu memerlukan pengorbanan daripada pemain saya.

"Tetapi kami berhak melepasi pusingan ini kerana kami berkorban bersama-sama dan watak itu adalah perkara yang sangat penting.

"Pemain benar-benar letih, tetapi saya rasa sejak minit pertama hari ini adalah hari kami. Saya juga merasakan hubungan dengan peminat kami dan staf kami. Ia adalah hari yang sangat baik untuk kami dalam aspek itu," katanya.

skysports-ruben-amorim-man-utd_6748388

Ruben Amorim. — Agensi

Menurut Amorim, gol pertama diperolehi sememangnya sangat membantu dalam memberikan kekuatan terhadap pasukannya.

Mengenai prestasi cemerlang ditampilkan Altay Bayindir yang melakukan beberapa siri menyelamat penting, Amorim menyifatkan penjaga golnya itu disifatkan sebagai individu yang sentiasa bekerja keras.

"Dia adalah seorang lelaki yang baik. Dia banyak bekerja dan kehidupan mempunyai perkara yang indah. Beberapa minggu lalu kami mengalami saat yang sukar, tetapi kini dia bagaikan hero buat kami," katanya.

Sementara itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta melahirkan kekecewaannya selepas perjalanan pasukannya terkandas saingan tersebut yang mana merupakan satu-satunya kejuaraan utama pernah dimenanginya pada 2020.

Dia berkata: "Sungguh sukar dipercayai (kami kalah). Jelas sekali, jika melihat kepada prestasi dan apa yang kami tampilkan, anda tahu kami patut layak dengan lebih selesa.

"Saya gembira dengan pemain saya, pasukan saya dan betapa bagusnya mereka dan apa yang mereka lakukan kerana dalam 1,000 perlawanan, anda harus kalah satu dan mungkin ini salah satu daripadanya.

"Anda perlu menjaringkan gol untuk menewaskan pihak lawan. Itulah realitinya," kata Arteta. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram