[VIDEO] Sah tiada pertalian darah dengan Malaysia, fans tetap merafak sembah mohon TMJ perkenan beli ‘bintang warisan' Chelsea untuk JDT demi naturalisasi


  • Podium
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Peminat mohon Tunku Ismail membawa Dewsbury-Hall ke JDT pada musim depan.

PENDEDAHAN mengejutkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai pemain warisan yang dikaitkan dengan Harimau Malaya telah mengejutkan ramai peminat-peminat bola sepak tempatan.

Manakan tidak, Tunku Ismali mendedahkan ada di antara pemain warisan yang didakwa mempunyai pertalian darah dengan negara ini tidak mengetahui kewujudan Malaysia.

Antara pemain-pemain yang dikaitkan dengan Malaysia adalah Josh Brownhill, Marcus Tavernier, Kiernan Frank Dewsbury-Hall dan beberapa bintang yang beraksi di liga elit Eropah.

BACA LAGI: Umarbek tinggalkan Selangor, peluang cerah buat Kinoshi contohi stail Terengganu FC

BACA LAGI: [VIDEO] Demi Harimau Malaya, 3 pemain import baharu musim 2024/25 Liga M wajar kekal jadi prospek jangka panjang

"Yang ada-ada itu apabila ditanya, ada yang tak tahu pun Malaysia dekat mana. Perkataan lebih tepat ialah, 'Saya bukan orang Malaysia, dan di mana Malaysia sebenarnya'.

"Kami dah buat kajian dan menyapa mereka tetapi pencarian akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi," kata Tunku Ismail di laman X.

Pendedahan oleh Tunku Ismail itu nyata menghadirkan perasaan kecewa peminat setia Harimau Malaya yang mahu melihat pemain-pemain berkualiti di Eropah beraksi buat skuad kebangsaan.

Namun begitu, ada segelintir peminat membalas ciapan yang dimuat naik oleh Tunku Ismail berharap pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dapat merekrut pemain-pemain berkenaan untuk beraksi dalam Liga Malaysia sehingga tempoh lima tahun.

Antara nama pemain disebut oleh peminat ialah Dewsbury-Hall yang kini menjadi bintang bangku simpanan Chelsea FC selepas cemerlang bersama Leicester City FC pada musim lalu.

Untuk rekod sebelum ini, dalam program Bola itu Life yang diterbitkan Astro Arena pernah mengesahkan bahawa Dewsbury-Hall tiada kaitan dengan Malaysia selepas menghantar pasukan untuk merisik tentang latar belakang pemain berusia 26 tahun itu bersama Chelsea.

"Tuanku tolong beli Dewsbury-Hall itu bawa ke JDT, duduk sini empat tahun lepas itu main untuk Malaysia. Pemain itu tak ada fungsi pun dekat Chelsea."

Permintaan penyokong itu boleh dipandang serius memandangkan ada beberapa pemain yang dikaitkan dengan Malaysia beraksi di liga bawahan Eropah.

Antara pemain yang beraksi di liga bawahan Eropah dikaitkan dengan skuad kebangsaan ialah Emmanuel Fernandez, Harvey White, Bin Wilmot, Taylor Moore dan beberapa bintang lain.

Baginda memaklumkan bahawa usaha mengenal pasti pemain warisan berkelas dunia bakal terus dilakukan walaupun usaha awal masih belum membuahkan hasil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram