'Tak rasa berdosa ke?', isteri pemain dakwa Kedah masih belum bayar tunggakan gaji 9 bulan


  • Podium
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Pemain-pemain Kedah dipercayai masih belum menerima pembayaran gaji tunggakan musim 2024-2025.

KEMELUT masalah dalam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus menemui jalan buntu susulan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan itu sejak bermulanya Liga Super musim 2024-2025.

Disebabkan masalah yang berlaku, beberapa pemain telah membuat keputusan untuk meninggalkan Kedah meskipun masih mempunyai kontrak bersama sang gergasi Utara itu.

Antara pemain yang telah meninggalkan Sang Kenari ialah Sony Norde dan Habib Haroon selepas mereka berdua menerima tawaran lumayan daripada kelab luar negara.

BACA LAGI: Umarbek tinggalkan Selangor, peluang cerah buat Kinoshi contohi stail Terengganu FC

BACA LAGI: [VIDEO] Sah tiada pertalian darah dengan Malaysia, fans tetap merafak sembah mohon TMJ perkenan beli ‘bintang warisan' Chelsea untuk JDT demi naturalisasi

Selain itu, pemain-pemain sedia ada juga telah memboikot beberapa perlawanan apabila tidak mahu beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Bekas pengendali Kedah, Nafuzi Zain juga putus harapan bersama pasukan itu selepas terpaksa menerima tekanan daripada pelbagai pihak tanpa dibayar gaji sejak awal musim ini.

Isu semasa melanda pasukan Kedah itu jelas memberikan kesan negatif buat prestasi Sang Kenari yang mahu bangkit daripada pencapian musim lalu.

Terbaharu di media sosial, seorang wanita yang dipercayai isteri kepada pemain Kedah, Muhammad Irfan Zakaria memberitahu pihak pengurusan tidak membayar gaji kepada suaminya selama sembilan bulan.

Wanita yang dikenali sebagai Miza Izhar berpandangan wajar Kedah menamatkan operasi daripada terus menganiaya pemain-pemain yang akan datang.

"Sampai bila Kedah FC ini nak berhutang dengan player (pemain)? Kalau tak ada duit, tutup sahajalah.

"Tak rasa berdosa ke aniaya orang? Player (pemain) ada anak bini (isteri) nak tanggung adan komitmen lain.

"Sembilan bulan dah woiii, teruk betullah team (pasukan) macam ini," luahnya dalam media sosial.

Miza Izhar

Tangkap layar pendedahan isteri Irfan Zakaria mengenai situasi Kedah.

Sebelum ini khabar angin mengatakan Kedah bakal menarik diri daripada menyertai saingan Liga Super pada musim depan.

Namun pihak pengurusan Hijau Kuning menafikan khabar angin mengenai dakwaan tersebut dengan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka bakal bersaing dalam saingan separuh profesional negara iaitu Liga A1 Semi-Pro di bawah kendalian Amateur Football League (AFL).

Selain itu, pihak pengurusan kelab juga memohon agar tiada mana-mana pihak yang membuat berita palsu menggunakan nama kelab kerana ia hanya akan mencipta persepsi negatif terhadap KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram