Ruben Amorim emosi lihat 'interview' Rashford


  • Podium
  • Khamis, 19 Dis 2024

Amorim menegaskan mahu fokus dengan perlawanan menentang Tottenham.

RUBEN Amorim mengakui dia 'sedikit emosional' apabila ditanya tentang pengumuman mengejut Marcus Rashford dan memilih untuk memberi tumpuan kepada pertembungan Manchester United menentang Tottenham Hotspurs pada Khamis.

Rashford mendedahkan kepada wartawan Henry Winter bahawa dia 'bersedia untuk cabaran baharu' selepas digugurkan ketika kemenangan United 2-1 ke atas Manchester City pada Ahad lalu

Amorim, seperti yang dijangka, ditanyakan pelbagai soalan mengenai Rashford menjelang perlawanan Piala Carabao menentang Spurs, termasuk apa yang akan dilakukannya jika berada dalam situasi yang sama dengan pemain antarabangsa England itu semasa kerjaya bermainnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Nilai sama Jese Rodriguez, ex bintang PSG, AC Milan antara 4 'free agent' wajar jadi sasaran JDT, Selangor musim depan

BACA LAGI: [VIDEO] Fans Gergasi Merah dabik dada prestasi ‘Kyle Walker Selangor’ bawah Katsuhito Kinoshi

"Saya akan bercakap dengan pengurus," katanya.

"Agak sukar untuk menjelaskan apa yang saya akan lakukan. Saya sedikit emosional," tambah Amorim mengenai temu bual Rashford.

"Saya perlu membuat persiapan untuk perlawanan dan kemudian kita akan lihat. Mari fokus kepada pasukan, bukan pemain individu."

Rashford telah dikeluarkan daripada senarai skuad yang berlepas ke London menjelang perlawanan menentang Spurs pada Rabu.

Amorim kemudian ditanya bagaimana dia merancang untuk menangani situasi itu.

"Ia adalah situasi yang sukar untuk diberi komen," katanya.

"Jika saya memberi banyak perhatian, ia akan menjadi tajuk besar dalam akhbar, dan jika saya kata ia bukan masalah, maka piawaian saya menjadi rendah. Fokus saya adalah untuk tidak mengalihkan perhatian daripada perlawanan dan pasukan serta apa yang kami lakukan dalam perlawanan terakhir."

Laporan media sebelum derbi Manchester mendakwa Amorim bersedia untuk menjual Rashford kerana dia ingin membina semula skuad Red Devils, dengan pemain lulusan akademi menjadi aset utama.

Namun, ketua jurulatih itu menggesa Rashford untuk menerima 'cabaran terbesar' untuk kekal di Old Trafford.

"Saya tidak mengawal perkara itu, apa yang saya boleh kawal adalah cara saya melihat sesuatu untuk membawa pemain saya ke perlawanan dan latihan,” kata Amorim, sambil menambah bahawa dia belum membincangkan masa depan jangka panjang Rashford dengan eksekutif kelab.

"Kami mempunyai cabaran baharu di sini. Ia adalah satu cabaran yang sukar. Bagi saya, ini adalah cabaran terbesar dalam bola sepak kerana kami berada dalam situasi yang sukar dan saya sudah katakan ini adalah salah satu kelab terbesar di dunia. Saya benar-benar berharap semua pemain saya bersedia untuk cabaran baharu ini." — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram