[VIDEO] Fans Gergasi Merah dabik dada prestasi ‘Kyle Walker Selangor’ bawah Katsuhito Kinoshi


  • Podium
  • Rabu, 18 Dis 2024

Quentin bermula dalam sembilan perlawanan sebagai kesebelasan utama dengan empat darinya dari bangku simpanan. — Facebook/Selangor FC

"SEJAK coach Kino (Kastuhito Kinoshi) masuk, prestasi Quentin Cheng semakin menjadi-jadi."

Itulah antara komen positif penyokong Selangor FC selepas kagum melihat persembahan Quentin ketika membantu Kinoshi mencatatkan kemenangan keempat sejak dilantik pada akhir November lalu.

Pemain kelahiran Australia itu beraksi selama 90 minit dan menjaringkan gol menerusi larian solo sebelum dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas Zikri Khalili didakwa mengasari pihak lawan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil ditumbuk bertubi-tubi angkara penalti, polis Serdang buka kertas siasatan

BACA LAGI: Penyokong Selangor 'puas' kutip 3 mata di Manjung selepas bas jadi mangsa vandalisme fans tuan rumah

Selangor yang berjaya mengutip tiga mata penuh berdepan Perak dalam aksi Liga Super minggu ke-17 itu berakhir dengan keputusan 2-1 di Stadium Manjung, Perak pada Selasa (17 Disember).

Walaupun jaringan dibatalkan menerusi larian solo itu, Quentin tetap menjadi penyumbang terbesar dalam perlawanan tersebut apabila menghasilkan gol pertama Selangor menerusi hantaran lintang ke dalam kotak penalti sebelum berjaya disudahkan oleh Alvin Fortes pada minit ke-40 permainan.

Sejak diberikan kepercayaan oleh Kinoshi, prestasti Quentin semakin meningkat selepas merudum sejak musim lalu sehinggakan bek kanan menjadi masalah utama buat Selangor tahun ini.

Masalah bek kanan itu berlarutan hingga memaksa bekas pengendali, Nidzam Jamil meletakkan Shahrul Nazeem yang sinonim dengan pertahanan tengah untuk beraksi di posisi tersebut.

Dalam 15 penampilan Liga Super musim ini, Quentin bermula dalam sembilan perlawanan sebagai kesebelasan utama dengan empat darinya dari bangku simpanan.

Peningkatan mendadak Quentin boleh dianggap masalah bek kanan yang dihadapi Selangor dua musim berturut-turut sebelum ini selesai dengan penyokong mula memberinya gelaran baharu iaitu 'Kyle Walker Selangor'.

Secara keseluruhan musim ini, Quentin telah beraksi dalam 26 perlawanan tidak termasuk rekod Piala Cabaran 2024 dengan tiga jaringan gol dihasilkan olehnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram