Kritik JDT tak dapat kad, FAM jawab semula kenyataan Fandi Ahmad, pengadil buat keputusan tepat


  • Podium
  • Khamis, 19 Dis 2024

Fandi tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dengan menganggap beberapa situasi pengadil perlu dipersoalkan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempertahankan keputusan pengadil dalam aksi Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Selasa lalu.

Menurut laporan Stadium Astro, Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram, menegaskan prestasi pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, dan pegawai video bantuan pengadi (VAR) menunjukkan prestasi cemerlang dan terpuji.

Menjawab kepada kenyataan Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad sebelum ini: "Keputusan untuk pemberian sepakan penalti pada minit ke-94 dan layangan tiga kad kuning dalam aksi tersebut adalah tepat dan dibuat berpandukan Undang-Undang Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan protokol VAR.

BACA LAGI: [VIDEO] Bawa aura Serbia, bintang Buriram United, ex-Liverpool mampu bantu Kinoshi di Selangor

BACA LAGI: Tiada tempat untuk yang tidak bersedia 'berkorban' di bawah Amorim — Diogo Dalot

"Unit Pengadil FAM juga telah membuat analisis menyeluruh berkaitan dengan perlawanan tersebut dan mendapati Pengadil dan Pengadil VAR telah menunjukkan satu prestasi yang cemerlang."

Sebelum ini, Fandi tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dengan menganggap beberapa situasi pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, perlu dipersoalkan selain ia merupakan permainan yang tidak adil untuk anak buahnya.

"Terus terang saya cakap, saya paling tidak menyukai prestasi pengadil malam tadi.

"Sekarang permainan bola sepak seperti ragbi. Ketika separuh masa pertama, Kpah Sherman kerap dikasari tetapi tiada sebarang sepakan percuma diberi.

"Namun, kami yang dilayangkan tiga kad kuning. Macam mana?

"JDT langsung tidak diberi satu kad pun.

"Itu yang saya tidak puas hati. Tidak adil untuk kami," katanya selepas perlawanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram