SKUAD Harimau Malaya dijangka bakal menerima suntikan kekuatan baharu menerima pemain naturalisasi apabila dua bintang Liga Super, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo dijangka akan menguatkan pasukan.
Hal ini kerana, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan bayangan dua pemain tersebut berkemungkinan akan menyertai skuad kebangsaan apabila mereka dinaturalisasikan.
Tunku Ismail berkata demikian selepas memberikan respons terhadap undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.
BACA LAGI: Bergson layak MVP tapi karakter Sumareh pula jadi sebutan
BACA LAGI: [VIDEO] Enggan salahkan Bergson, fans JDT anggap taktikal bertahan LCS punca provokasi
System/falsafah yang sesuai dengan players yang ada. Be more compact, attack and defend as a unit. Discipline is the key, Insha’Allah boleh. Bergson can be naturalised as a short-term measure after completing 5 years in Malaysia, Hidalgo too for the long-term, and with players... https://t.co/BFT8TmpRqn
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 9, 2024
Melihat kepada situasi tersebut, Tunku Ismail berkata yang Bergson boleh menjadi penyelesaian jangka pendek buat barisan serangan Harimau Malaya sementara Hidalgo boleh menjadi masa depan skuad kebangsaan.
"Bergson boleh dinaturalisaskan sebagai penyelesaian jangka pendek selepas lima tahun berada di Malaysia, Hidalgo juga untuk jangka panjang, dengan pemain lain yang ada, para pemain JDT juga akan bersedia.
"Sistem dengan falsafah dan sesuai, jadi lebih kompak dan bertahan sebagai satu unit, kuncinya adalah disiplin. Insya-ALLAH boleh," kata Tunku Ismail.
Tunku Ismail yang disebut-sebut akan mengetuai revolusi Harimau Malaya bermula 15 Disember kelak memberikan isyarat yang jurulatih baharu Malaysia sedang sibuk mengumpul data para pemain di Liga Super dan luar negara.
Jurulatih baharu itu turut dibantu oleh pengarah sukan yang dilihat akan membantu Malaysia bangkit semula.
"Jurulatih baharu dan pengarah sukan sedang mengumpul data pemain Malaysia di Liga Super dan yang beraksi di luar negara. Ia bukannya mudah, ia perlukan masa.
"Ia perlu dimulakan dengan segera, dan ia tidak mudah untuk dibuat tapi perlu dimulakan sekarang termasuklah rangka kerja program jangka panjang. Semoga berjaya," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram