
PENYERANG sedang meningkat naik daripada Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres kini menarik perhatian beberapa kelab Eropah terutamanya yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Antara yang dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain kelahiran Sweden berusia 26 tahun itu ialah Chelsea dan Manchester United.
Bagaimanapun, setakat ini, Gyokeres dilihat masih belum memberikan sebarang kata putus terhadap berita berkenaan dengan dia mempunya kontrak bersama Sporting Lisbon sehingga 2028.
Penyerang tersebut dilaporkan turut mempunyai klausa perpindahan bernilai €100 juta (RM467 juta)
Namun, berhubung kemungkinan perpindahannya ke Chelsea yang berpangkalan di London, sebuah akaun parodi di laman X yang menggunakan naman pemain tersebut secara berjenaka membuat satu ciapan seolah-olah mewakili pemain tersebut untuk menolak khabar berkenaan.
"Saya kata tidak," ujar hantaran berkenaan yang merespons mengenai kemungkinan perpindahannya ke kelab berpangkalan di London itu.
BACA LAGI: Sekian lama jadi anak emas Man United, Rashford akhirnya diberi amaran
BACA LAGI: Berlatih sambil lewa ketika era ten Hag, Casemiro dan Marcus Rashford cuba ‘bodek’ Ruben Amorim
I say no. https://t.co/eknDvMMSkH
— Viktor Gyökeres (@gyokeresxtra) December 6, 2024
Gyokeres mempamerkan prestasi luar biasa pada musim ini apabila menjaringkan 32 gol untuk kelab dan negara serta menjaringkan empat gol dalam kemenangan 6-0 Sweden ke atas Azerbaijan.
Manchester United merupakan antara kelab dilapor berhasrat untuk mendapatkan khidmat Gyokeres susulan kehadiran pengurus baharunya.
Media melaporkan bahawa Amorim meletakkan keutamaan untuk memperbaiki kualiti di bahagian penyerang.
Untuk rekod, Amorim bekerja rapat dengan Gyokeres di Sporting, dengan kedua-duanya memenangi gelaran Portugal bersama musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram