HARIMAU Malaya bakal mendapat khidmat ketua jurulatih baharu bagi membimbing perjalanan pasukan negara.
Perkara ini disahkan oleh satu kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan Pau Marti bersama pasukan kebangsaan bakal tamat.
Kini individu yang membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang empat trofi pada musim 2023, Esteban Solari antara calon hangat menjadi ketua jurulatih baharu skuad senior bola sepak kebangsaan
BACA LAGI: Ekor Harimau Malaya lebih realistik, cuma mahukan pemain beri aksi terbaik sepanjang Piala AFF 2024
BACA LAGI: Pernah hadapi masalah DNA Jerman, pertemuan TMJ-RMS ubah prestasi Selangor FC
Bukan hanya Solari, Benjamin Mora juga dikaitkan akan berada dalam sebahagian daripada penstrukturan semula sistem skuad kebangsaan sebagai jurulatih B-23 Tahun Harimau Muda.
Khabar angin itu dikuatkan dengan Solari yang baru sahaja bergelar ejen bebas susulan berpisah dengan majikannya, Everton de Vina del Mar yang berpangkalan di Chile.
Bekas pembantu jurulatih B-23 Argentina itu juga membantu JDT untuk mengekalkan empat trofi domestik di bumi Johor.
Seorang lagi watak yang dikaitkan ialah Benjamin Mora yang pernah bersama JDT dari 2015 hingga 2022.
Pengendali berusia 46 tahun itu kali terakhir bersama York United FC dan membimbing pasukan berdepan 22 aksi dalam tempoh hanya lima bulan di Kanada.
Sebelum itu, beliau membimbing kelab Mexico, Atlas FC dan memiliki purata 1.29 mata dalam 41 perlawanan kendaliannya.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan calon pengendali Harimau Malaya namun dua watak ini mampu memberikan elemen yang diperlukan oleh skuad kebangsaan untuk terus maju. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram