PERJUMPAAN dan perbincangan membabitkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bakal membawa dimensi baharu dalam arena bola sepak tanah air.
Berdasarkan Facebook HRH Crown Prince of Johor, pertemuan itu berlangsung selama kira-kira satu jam membincangkan beberapa perkara seperti sukan bola sepak dan isu-isu semasa.
Pertemuan itu juga membuktikan bola sepak menyatupadukan semua pihak dan bukannya memecah belah.
BACA LAGI: Terengganu FC mudah bawa pulang 3 mata, fans Peteh sakit hati tengok aksi Nelson Bonilla
Dalam kemelut masalah pengurusan Selangor FC dengan penyokong, RMS membuat pilihan tepat untuk bertemu Tunku Ismail bagi mendapatkan idea dan pandangan selepas mencipta pelbagai kejayaan gemilang termasuklah bergelar juara Liga Super 10 kali berturut-turut bersama Harimau Selatan.
Ini bukanlah pertama kali RMS bertemu Tunku Ismail untuk bertukar pandangan apabila mereka pernah berjumpa untuk tujuan perbincangan bola sepak pada 2022.
Pertemuan itu memberi kesan positif kepada Selangor FC yang ketika itu bergelut untuk mendapatkan jurulatih berkualiti selepas projek DNA Jerman gagal.
Majoriti senaraikan kesan positif skuad Gergasi Merah selepas perjumpaan bersama Tunku Ismail pada 2022:
1. Pelantikan Tan Cheng Hoe
Tunku Ismail pernah mendedahkan bahawa beliau antara individu yang mencadangkan kepada Selangor untuk melantik Tan Cheng Hoe.
Keputusan membawa Cheng Hoe berjaya membawa kepada keputusan positif apabila musim pertamanya bersama Gergasi Merah berjaya membawa pasukan itu ke pentas akhir Piala Malaysia 2022.
Cheng Hoe juga berjaya memperbaiki kedudukan Selangor FC pada musim 2022 tidak sampai setahun apabila menamatkan saingan Liga Super di tempat kelima.
2. Layak ke Asia 2024
Sekalipun menamatkan musim 2023 tanpa sebarang trofi, Selangor FC terus memberi kepercayaan ke atas Cheng Hoe untuk membimbing The Red Giants bagi musim ini sebelum beliau mengundurkan diri awal tahun.
Musim lalu, Cheng Hoe berjaya membawa Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua, sekali gus melayakkan diri ke kejohanan Asia buat kali pertama sejak 2016.
Ia menamatkan penantian sekian lama para penyokong dan pihak pengurusan yang sekian lama cuba untuk memastikan Selangor kembali ke Asia.
Ternyata ‘sentuhan’ TMJ yang berjaya membawa kembali Selangor bermain di peringkat Asia setelah bertahun-tahun berusaha untuk ke peringkat itu.
Cheng Hoe juga pernah menyatakan bahawa beliau pernah meminta nasihat daripada TMJ sebelum membuat keputusan untuk melatih Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram