KEMENANGAN besar 4-0 yang diraih Selangor FC menentang wakil Filipina Cebu FC pada aksi terakhir Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) tidak cukup untuk membantu Gergasi Merah mara ke pusingan ke-16 terakhir.
Ia selepas Selangor menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan mengutip 10 mata di belakang wakil Thailand, Muangthong United yang mengumpul 11 mata selepas menang 1-0 ke atas pendahulu kumpulan, Jeounbuk Hyundai pada satu lagi aksi.
Ini merupakan kemenangan pertama pasukan Selangor di bawah kendalian Katsuhito Kinoshi selepas tewas dalam dua aksi peringkat domestik sebelum ini.
BACA LAGI: Cungkil 'hidden gem' Harimau Malaya, FAM rugi jika lepaskan Pau Marti
BACA LAGI: Sentuhan JDT, DNA Amerika Latin dicanang-canang bakal kemudi Harimau Malaya
Namun begitu, menurut pandangan bekas pemain bola sepak, Mohd Nizaruddin Yusof, pertukaran jurulatih di kem Selangor mengganggu rentak Gergasi Merah untuk layak ke pusingan kalah mati ACL 2.
"Bila pihak pengurusan (Selangor) tukar jurulatih ia sedikit sebanyak akan mengganggu momentum pasukan.
"Sebab semasa zaman saya main dulu pun kalau tukar-tukar jurulatih ini memang ambil masa juga untuk kita faham (taktikal) jurulatih baharu ini,
"Sebab kita (pemain) ambil masa sebab apa yang jurulatih baharu ini nak dalam padang kan?" katanya kepada Majoriti.
Untuk rekod, Nizaruddin pernah beraksi bersama Selangor pada musim 2000 sehingga 2003 sebelum berpindah ke pasukan lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram