BEKAS pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa kualiti pemain naturalisasi di Indonesia lebih baik jika dibandingkan dengan Malaysia.
Kim Swee yang juga merupakan pengendali Persis Solo itu berkata sedemikian ketika menjawab soalan daripada wartawan sukan Indonesia tersebut.
"Pada pendapat saya, pemain naturalisasi di Indonesia lebih baik berbanding pemain yang ada di Malaysia.
"Saya percaya bahawa Indonesia kini berada pada tahap yang lebih tinggi," katanya.
BACA LAGI: Terima kad merah, Alto Linus beri jaminan Gabriel Peres beraksi saingan Piala Malaysia
BACA LAGI: [VIDEO] Satu stadium dengar meraung, bek 28 tahun patah kaki cuba halang rembatan pemain Sabah
Ditanya mengenai peluang skuad kebangsaan dalam saingan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 (Piala AFF), Kim Swee percaya bahawa Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut.
"Masih terlalu awal untuk menilai tapi saya yakin pasukan Malaysia akan menjalani persiapan yang lebih baik dan berkemampuan untuk layak sepenuhnya," kongsinya.
Kim Swee yang menggalas tugas baharu dalam saingan Liga 1 Indonesia itu terpaksa menelan pahit apabila gagal meraih kemenangan pertama bersama Persis Solo pada Rabu lalu.
Terdahulu, Kim Swee mengumumkan perpisahan bersama Sabah pada November lalu menerusi satu hantaran di Instagram selepas mengendalikan Sang Badak sejak musim 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram