Makan 'dark chocolate' 5 kali seminggu boleh bantu kurangkan risiko diabetes


  • Sihat
  • Khamis, 05 Dis 2024

Pengambilan beberapa keping coklat gelap atau dark chocolate lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

PENGAMBILAN beberapa keping coklat gelap atau dark chocolate lima kali seminggu dan mengelakkan coklat susu dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

Walaupun hubungan antara pengambilan coklat dan risiko diabetes jenis 2 masih dianggap kontroversial namun perbezaan jenis coklat, seperti coklat gelap, coklat susu dan coklat putih dengan kandungan koko, gula dan susu yang berbeza, mungkin mempengaruhi risiko tersebut.

Kajian itu menggunakan data daripada tiga kajian jangka panjang yang melibatkan jururawat dan pekerja kesihatan di AS.

BACA LAGI: [VIDEO] Satu stadium dengar meraung, bek 28 tahun patah kaki cuba halang rembatan pemain Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] CEO UnitedHealthcare maut terkena ‘headshot’ suspek seragam hitam depan hotel di New York

dark choco

Dark chocolate boleh membantu mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

Kajian yang mengkaji hubungan antara pengambilan coklat dan diabetes jenis 2 mendapati bahawa pengambilan coklat terutamanya coklat gelap boleh dikaitkan dengan penurunan risiko diabetes jenis 2.

Mereka yang makan satu hidangan coklat sekurang-kurangnya lima kali seminggu didapati 10 peratus kurang berisiko menghidap diabetes jenis 2 berbanding mereka yang jarang atau tidak makan coklat.

Bagi mereka yang makan coklat gelap lima kali seminggu, risiko diabetes jenis 2 lebih rendah sebanyak 21 peratus. Kajian tu melibatkan pemantauan selama 25 tahun ke atas lebih 192,000 orang.

Di samping itu, pengambilan coklat susu yang lebih banyak dikaitkan dengan peningkatan berat badan jangka panjang, sementara coklat gelap tidak menunjukkan kesan yang sama.

dark chocolate

Bagi mereka yang mengambil coklat gelap lima kali seminggu, risiko diabetes jenis 2 lebih rendah sebanyak 21 peratus.

Walaupun kajian tersebut menambah bukti mengenai hubungan makanan tertentu dengan risiko diabetes jenis 2, lebih banyak ujian diperlukan untuk mengesahkan penemuan tersebut.

Walaupun makan coklat gelap secara sederhana boleh dinikmati, ia tidak disarankan sebagai strategi untuk mengurangkan risiko diabetes jenis 2 berdasarkan bukti semasa.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di United Kingdom, seramai 4.4 juta orang hidup dengan diabetes dan di seluruh dunia, seramai 830 juta orang menghidap diabetes.

Bukti yang paling kukuh untuk mengurangkan risiko diabetes jenis 2 adalah melalui pendekatan gabungan yang melibatkan diet seimbang, aktiviti fizikal dan penurunan berat badan secara berterusan.

Pendekatan tersebut terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2 sehingga 50 peratus bagi sesetengah individu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram