Lebih fahami 'fitness' dan taktik pemain, Katsuhito Kinoshi beri jaminan Selangor bakal tampil lebih garang


  • Podium
  • Selasa, 03 Dis 2024

Aksi bintang Jordan, Ali Olwan (tengah) yang dikawal ketat oleh dua pemain pertahanan Sri Pahang FC dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia pada Ahad. — Facebook/Selangofc

KETUA Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi yang mengambil alih skuad Gergasi Merah pada 25 November lalu mengalami dua kekalahan berturut-turut sebagai jurulatih baharu pasukan itu.

Kekalahan terbaru adalah ketika tewas 1-2 bertemu Sri Pahang FC dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2024 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

Dua gol Sri Pahang masing-masing dicetak oleh pemain sayap Argentina, Manuel Hidalgo pada minit ke-25 dan pemain tengah, Sergio Aguero (m-84), manakala gol Selangor dijaringkan oleh kapten Gergasi Merah, Safuwan Baharudin minit ke-77.

BACA LAGI: Terus kempunan, 3 bintang makin bersinar sepatutnya dipanggil ke kem Piala AFF

BACA LAGI: Di saat fans Tok Gajah tarik nafas lega, penyokong fanatik Gergasi Merah bengang 2 bintang jadi punca kempunan ke suku akhir

WhatsApp Image 2024-12-03 at 11.01.33

Meskipun tewas kepada Sri Pahang, Safuwan berjaya merawat duka penyokong Gergasi Merah dengan membantu pasukannya itu mencetak satu gol. — Facebook/Selangorfc

Selangor tewas 2-3 secara agregat sekali gus menyaksikan pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu tersingkir dari pertandingan berprestij tersebut dan akan beraksi dalam Piala Cabaran bersama pasukan lain yang kalah dalam pusingan 16.

Sebelum perlawanan menentang Pahang, mereka telah tewas kepada kelab Thailand, Muangthong United dengan keputusan 1-2 dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Meskipun kecewa dengan prestasi Selangor FC selepas dua perlawanan tersebut namun Kinoshi enggan menyalahkan para pemainnya.

Menurutnya, barisan pemain Selangor telah membuat persiapan yang baik untuk kedua-dua perlawanan tersebut.

“Kami telah bekerja dengan set-piece dan bentuk serangan kami, tetapi kami tetap tewas. Kami melepaskan gol pada waktu yang tidak dijangka, namun saya ingin mengatakan bahawa dalam perlawanan seterusnya kami akan jadi lebih baik.

“Kami akan menentang Cebu dalam saingan ACL2 pada 5 Disember dan anda akan melihat pasukan yang jauh lebih baik.

"Saya kini lebih memahami pemain-pemain selepas dua perlawanan ini. Mereka telah melebihi jangkaan saya. Visi saya adalah untuk menjadikan Selangor pasukan yang konsisten dan kini lebih memahami ciri-ciri pemain, sama ada kecergasan atau taktikal.

"Kami akan menghadapi lebih banyak cabaran di masa depan, ini adalah waktu yang sukar, jadi kami memerlukan sokongan daripada penyokong. Saya berjanji kami akan menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas ini," kata pengendali dari Jepun itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram