SELANGOR FC terpaksa menelan kepahitan kekalahan di tangan Sri Pahang FC dengan agregat 2-3 selepas tewas di halaman sendiri, Stadium Majils Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam perlawanan kedua pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 pada Ahad (1 Disember).
Sri Pahang memanfaatkan dua jaringan penalti untuk menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1 sekali gus layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2024.
Ekoran kekalahan itu, rata-rata penyokong Selangor berang dengan prestasi semasa pemain-pemain Gergasi Merah terutamanya bintang import.
BACA LAGI: [VIDEO] Rekod penyerang termahal Buriram United ‘bagai langit dan bumi’ berbanding Jese Rodriguez
BACA LAGI: [VIDEO] Bawa ramai pertahanan muda, fans mahu Pau Marti 'consider' 3 bek senior ke Piala AFF
Kemarahan itu dilontarkan dalam ruangan komen media sosial rasmi Selangor FC yang meminta pihak pengurusan segera merombak pasukan dengan membawa pemain lebih berkualiti.
"Dah tiba semua pihak pengurusan Selangor wajib lepas jawatan, harap sangat-sangat RMS (Raja Muda Selangor) ambil tahu bab bola sepak Selangor," kata Syah Fery.
"Nak sangat NJ (Nidzam Jamil) keluar sudahnya piala pun tak dapat," jelas Miskam Marimun.
"Yang (pemain) punca itu boleh dah buang main Selangor II atau Selangor III, dia punya hal satu Selangor telan pahit," luah Hairul Zikri.
Dalam pada itu, ada juga penyokong yang merasakan punca Selangor gagal meraih kemenangan di halaman sendiri kerana barisan serangan terlalu tumpul untuk merobek gawang gol pihak lawan.
"Agresif biar dalam kotak lawan cari gol, bukan dalam kawasan sendiri. Selepas ini cari penyerang yang tulen. Kalau susah sangat bagi sahaja Safwan (Baharudin) main penyerang. Musim ini penyerang paling lembik," ujar Mohd Fared Kandar.
"Jurulatih okay lagi, permainan seronok, penyudah tak ada. Sebab tak ada penyerang yang bagus. Baik lagi Ayron (del Valle)," komen Mohd Fikri Alaudin.
"Masalah paling utama adalah penyudah jaringan, kali terakhir menang dengan kelebihan empat gol itu pun tahun lepas," tambah Ridzuan Sahidin.
Kekalahan kepada Sri Pahang bermakna Selangor akan meneruskan cabaran di Piala Cabaran (Challenge Cup 2024) bertemu Kelantan Darul Naim FC pada pusingan suku akhir.
Untuk rekod ini pertama kali Selangor akan beraksi dalam Challenge Cup sejak kewujudannya pada 2018 sebelum terhenti seketika pada 2020 sehingga 2022 akibat pandemik Covid-19.
Tahun lalu, Challenge Cup kembali dianjurkan dengan logo baharu yang mana PDRM FC berjaya memenangi kejohanan itu selepas menewaskan Kuching City FC dengan agregat 4-1. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram