[VIDEO] 'Nice game for who?', kapten JDT 'koyak' lepas JDT tewas kepada 14 pemain Shandong


  • Podium
  • Rabu, 27 Nov 2024

JDT tewas buat kali kedua dalam perlawanan ACLE. — JDT

SELEPAS tewas di tangan kelab China, Shandong Taishan FC dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Selasa, nama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi menimbulkan kontroversi di ruangan media sosial.

Ia berlaku apabila Natxo Insa yang ditugaskan sebagai kapten pada perlawanan terbabit gagal mengawal perasaannya ketika ditemu bual para pengamal media selepas tamat perlawanan.

Menerusi satu video temu bual tular di media sosial, Natxo menjawab soalan seorang wartawan dengan persoalan selain menggunakan nada yang keras.

BACA LAGI: 'Macam main 10 orang', persembahan buruk import tumpul hiasi kekalahan JDT di China

BACA LAGI: Lagi sekali berdepan cuaca sejuk, fans JDT risau 'tragedi' di Korea Selatan berulang

Natxo yang menjadi antara pemain yang beraksi sepenuh masa ketika itu ditanya dengan soalan tentang bagaimana perasaannya apabila gagal merebut mata dalam perlawanan yang sangat menarik.

"Menarik untuk siapa? Untuk penyokong? Untuk pengadil? Untuk kami? Untuk siapa?," soalnya kembali beberapa kali dengan keras.

Katanya, dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan, JDT dilayangkan beberapa kad kuning dan ia bukan sesuatu yang normal.

Natxo juga menegaskan bahawa cara permainan mereka dengan pasukan China yang dibarisi 13 hingga 14 pemain juga adalah berbeza waktu itu.

Sementara itu, perlawanan yang tamat dengan keputusan 0-1 itu sekali gus memberi kesan kepada perjuangan anak buah Hector Bidoglio yang kini berada di tangga ke-5 hasil dua kemenangan iaitu satu seri dan dua kekalahan.

Manakala, Shandong Taishan berjaya memperbaiki kedudukannya apabila naik ke tangga ketujuh kumpulan sekali gus menghampiri kedudukan JDT ketika ini.

JDT bagaimanapun masih berpeluang mengubah kedudukan di pentas Asia ketika menentang jaguh Thailand, Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 3 Disember nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram