[VIDEO] Rahsia sebenar Indonesia, semangat pemain warisan jiwai 'Tanah Airku' antara faktor kejayaan Sang Garuda


  • Podium
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Pemain-pemain warisan baharu Indonesia juga mampu menyanyikan lagu "Indonesia Raya" dengan lancar.

PRESTASI skuad kebangsaan Indonesia di dalam aksi Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 wajar mendapat pujian daripada seluruh penyokong di Asia Tenggara selepas negara itu mencipta kejutan menumbangkan Arab Saudi 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno, pada Selasa.

Dalam aksi tersebut, Arab Saudi yang berada di ranking ke-59 dunia menguasai keseluruhan perlawanan namun terpaksa akur dengan ketajaman serangan Indonesia yang memanfaatkan peluang jaringan.

Dua gol tuan rumah dijaringkan oleh Marselino Ferdinand pada minit ke-32 dan ke-57 untuk kemenangan bergaya skuad kendalian Shin Tae-yong itu.

BACA LAGI: Pernah wakili kelab Jepun, Chan Vathanaka antara 3 import Asean 'underrated' di Liga Malaysia

BACA LAGI: Kemenangan terakhir bersama Kedah tanpa kelibat reserve? Nafuzi berkaca rai jaringan bersama pemain

Indonesia telah meraih enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan berkongsi jumlah mata yang sama dengan Arab Saudi serta China di kedudukan keempat dan kelima.

Ia sekali gus memberi peluang buat Indonesia untuk layak ke Piala Dunia 2026 secara merit jika berjaya menamatkan kedudukan di tempat kedua Kumpulan C.

Kebangkitan Indonesia ini hasil usaha Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir yang berjaya mengumpulkan ramai pemain warisan di Eropah untuk membawa lencana Sang Garuda di pentas antarabangsa itu.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah kemampuan pemain-pemain warisan Indonesia menyanyikan lagu "Tanah Airku" mesikpun baharu menukar kerakyatan negara itu.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang penyokong dalam laman X, @Mofasad memaparkan video dua pemain warisan Indonesia, Jay Izdes dan Ragnar Oratmangoen menyanyikan lagu "Tanah Airku" bersama ribuan penyokong di Stadium Gelora Bung Karno selepas menewaskan Arab Saudi.

Mofasad juga mempersoalkan adakah pemain warisan Malaysia yang digembar-gemburkan oleh media mampu melakukan seperti dua bintang Indonesia itu.

"Kalau betullah pemain warisan main Malaysia nanti. Boleh ke diorang nyanyikan lagu Negaraku seperti mana Jay Izdes dan Ragnar Oratmangoen nyanyikan lagu Tanah Airku?"

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pemain 'Gred A' akan menyarung jersi Harimau Malaya selepas organisasi baharu diketuai oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Antara nama pemain yang dikaitkan untuk menyarung jersi Harimau Malaya ialah Iggy Houben, Josh Brownhill dan beberapa bintang di Eropah.

Laman pencari bakat, Frfuturetalents sebelum ini juga berkongsi 35 senarai pemain yang didakwa berdarah campuran Malaysia dan mungkin boleh mewakili Harimau Malaya.

Malah, laman berkenaan turut berkongsi senarai berkenaan kepada Tunku Mahkota Ismail menerusi laman Instagram.

Perkongsian dibuat Frfuturetalents selepas Tunku Mahkota Ismail berkongsi struktur organisasi dipercayai membabitkan unit khas yang akan menguruskan pasukan Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram