PEREJAM Negeri Sembilan Antlers, Hafizul Hayazi berkongsikan perasaannya selepas diberikan peluang untuk menjulang trofi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2024 selepas menewaskan Kuala Lumpur Thunder dalam aksi final di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, Selangor pada Ahad, lapor Stadium Astro.
Walaupun bergelar pasukan 'underdog' musim ini, Hafizul turut menjelaskan ketajaman servis Haziq Nizam selaku tekong utama memberikan mimpi ngeri buat pasukan lawan hingga membantu pasukannya muncul juara dua kali berturut-turut.
Menurutnya, pasukan NS Antlers beraksi tanpa tekanan dengan hati yang lapang sambil mengekalkan disiplin dalam serangan dan pertahanan.
BACA LAGI: [VIDEO] Bek Selangor dibuang padang aksi kelayakan Piala Dunia, mujur 'keeper' jadi hero
BACA LAGI: Semangat lawan pudar sebelum sepak mula, fans JDT ramal ada pesta gol di SSI
"Perasaan tidak boleh digambarkan dapat pertahan gelaran, seperti mimpi dapat banggakan Negeri Sembilan. Saya berdarah Negeri Sembilan, jadi kapten beri ruang buat saya angkat piala itu.
"Kami beraksi tanpa tekanan, kami berlapang dada dan jaga disiplin serangan serta pertahanan akhirnya dapat buktikan selepas tewaskan KL Thunder.
"Mungkin dari aspek servis Haziq dan corak bertahan yang memastikan Negeri Sembilan dilihat kuat dan dapat kekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut antara kenangan manis saya," katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan itu, Rahimu Rahim turut menjelaskan rahsia di sebalik kemenangan pasukannya ialah disiplin dan faktor keserasian setelah sekian lama membentuk pasukan itu.
"Kita pasukan underdog tahun ini dengan status juara tahun lepas. Disiplin dan keserasian merupakan kejayaan pasukan. Kerjasama berpasukan Negeri Sembilan juga sangat tinggi." katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram