Tidak pernah berdepan isu gaji, Melaka FC 'sign' 2 import bantu kekang serangan Sang Penyu


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Barisan pemain Melaka FC tekad memberikan aksi terbaik dalam saingan Piala Malaysia selepas membenam Harini Selangor FT 7-0. — Facebook/Melakafc

PEMILIK kelab Melaka FC, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad percaya dengan penambahan dua pemain import baharu akan memperkuatkan lagi pasukan tersebut untuk berentap menentang Terengganu FC dalam aksi pusingan 16 Unifi Piala Malaysia, di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu.

Tiga pasukan dari kelab Liga A1 Semi Pro termasuklah Melaka FC, PT Athletic FC dan KL Rovers FC dibenarkan untuk menambah pendaftaran dua lagi pemain import hanya untuk beraksi di pentas Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup musim ini yang bertujuan memperkasakan lagi pasukan bagi memberikan saingan lebih sengit kepada kelab-kelab Liga Super.

Justeru, Melaka FC tidak melepaskan peluang untuk merekrut dua pemain masing-masing dari Guinea dan Perancis iaitu Oumar Bangoura dan Rodrigue Nanitelamo bagi membantu pasukan di posisi tengah dan pertahanan, lapor MFL.

BACA LAGI: [VIDEO] Bek Selangor dibuang padang aksi kelayakan Piala Dunia, mujur 'keeper' jadi hero

BACA LAGI: Semangat lawan pudar sebelum sepak mula, fans JDT ramal ada pesta gol di SSI

WhatsApp Image 2024-11-20 at 17.29.45

Melaka FC membawa masuk dua pemain import bagi membantu pasukan di posisi tengah dan pertahanan. Facebook/Melakafc

Nur Azmi menyifatkan dengan penambahan tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu kelab melakukan persediaan lebih rapi memandangkan Terengganu FC mempunyai ramai pemain berkualiti baik daripada import dan juga tempatan.

“Pada awalnya kita tidak ada menuntut atau memohon pun untuk pemain import tambahan tetapi dengan kebenaran yang telah diberikan, inilah peluang berharga supaya pasukan kita dapat bersedia dengan lebih baik.

“Kita pun tahu kebanyakan pasukan Liga Super mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan mereka adalah pasukan-pasukan terbaik di liga, jadi sudah tentu mereka akan bagi tentangan hebat kepada kita.

“Jadi, daripada kelab A1, kami sudah ada dua import dan penambahan dua lagi pemain dapat buat kita sedikit selesa di mana kita dapat melihat bagaimana Melaka FC akan cuba beraksi dengan baik menentang pasukan lebih hebat di pentas Piala Malaysia”, jelasnya.

WhatsApp Image 2024-11-20 at 17.36.33

Skuad Sang Penyu dilihat sudah bersedia untuk menghadapi cabaran Melaka FC. Facebook/Terengganufc

Melaka FC ketika ini cemerlang apabila kekal menduduki tangga teratas Liga A1 Semi Pro dengan 46 mata.

Menyaksikan perkembangan yang ada pada pasukan itu pada musim ini, Nur Azmi tidak menolak banyak cabaran yang perlu diharungi terutamanya untuk menambat kembali hati penyokong sejati Melaka.

Menariknya, sepanjang di bawah kepimpinan Nur Azmi, kelab berkenaan tidak berdepan sebarang masalah kewangan yang mana kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan buat beliau bagi memastikan kelab tersebut terus bertahan.

“Saya dah nampak sedikit berbeza daripada segi penerimaan peminat sebab dulu mereka ini adalah peminat kelab Melaka United yang terdahulu.

“Jadi, apabila kelab itu gagal melakukan tanggungjawab, peminat dah nampak apa yang berlaku dan kita pada mulanya tahun lepas pun ada terkena juga tempias.

“Tapi apabila kita semakin baik dan dah mula menang, penyokong mula datang balik.

“Sekarang kita boleh nampak penyokong dah mula faham dan dapat bandingkan dah antara kelab Melaka United yang dahulu dan Melaka FC yang sekarang”, tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram