[VIDEO] Lepas cetak gol ‘bicycle kick' bantu Portugal menang, Ronaldo beri mesej kepada Amorim dan Man United


  • Podium
  • Sabtu, 16 Nov 2024

Ronaldo (kanan) dan Amorim (dua dari kanan) sebelum ini bermain bersama dalam pasukan kebangsaan Portugal. — Agensi

KETUA pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo menunjukkan bisanya apabila meledak dua gol dalam membantu pasukannya membelasah Poland 5-1 untuk mara ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA di Porto, Portugal pada Sabtu.

Skuad kendalian Roberto Martinez menjuarai Kumpulan A1 dengan satu perlawanan berbaki, mengesahkan tempat di pusingan seterusnya pada Mac tahun depan.

Kemenangan Portugal juga dibantu menerusi jaringan gol dari Rafael Leao (59’), Bruno Fernandes (80’) dan pemain Chelsea iaitu Pedro Neto melengkapkan malam gemilang pasukan berkenaan dengan meledak gol kelima pada minit ke-88.

BACA LAGI: 'Ubi muda', Belanda sah sertai Man United, petanda era kebangkitan baharu

BACA LAGI: Baru sahaja tiba musim panas lalu, Ruben Amorim sedia singkirkan penyerang muda

Manakala, Dominik Marczuk membantu Poland membawan gol saguhati. Pasukan itu akan gagal layak ke pusingan kalah mati dan akan tercicir ke liga B sekiranya tewas kepada Scotland minggu depan.

Selepas Ronaldo mencetak satu gol menerusi sepakan penalti dan satu lagi dengan sepakan akrobatik hasil hantaran Vitinha pada minit ke-87, pemain berusia 39 tahun itu menghantar mesej ikhlas kepada pengurus baharu Manchester United, Ruben Amorim.

Penyerang ikonik berusia 39 tahun itu berkongsi kegembiraannya apabila melihat salah seorang jurulatih dari negaranya diberi peluang berkhidmat dengan kelab terbesar dunia.

'Saya doakan Man United dan Ruben Amorim berjaya di dunia,” katanya ringkas kepada bekas rakan sepasukannya di Portugal itu usai perlawanan menentang Poland tersebut.

Pelantikan bekas pengendali Sporting CP itu sebagai pengurus Manchester United bagi menggantikan Erik ten Hag akan membuka ruang buatnya memperbaiki skuad berdasarkan kecenderungan dan keputusannya.

Mereka yang kini berada di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) memerlukan nafas baharu sekiranya mahu mengejar slot ke Eropah musim depan dengan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) menjadi sasaran utama mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram