Selangor sasar ex coach JDT ganti Nidzam Jamil tapi perlu bersaing dengan kelab Mexico


  • Podium
  • Isnin, 11 Nov 2024

Selangor dikhabarkan memburu khidmat bekas jurulatih JDT bagi menggantikan Nidzam (gambar). — Facebook/SelangorFC

SELEPAS lima bulan mengendalikan kelab Kanada iaitu York United FC, Benjamin Mora secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab berkenaan pada Ahad.

Perpisahan itu difahamkan berlaku apabila bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut tidak dapat mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak baharu bersama York United.

Jurulatih berusia 45 tahun berkenaan berhasil membawa York ke tempat keempat dalam kedudukan liga musim ini dengan meraih 39 mata, ia mengatasi 38 mata terbaik sebelumnya yang ditetapkan pada 2023.

BACA LAGI: Bukan setakat kad kuning, nasib Arif Aiman-Tommy Mawat kini di tangan Jawatankuasa Pengadil FAM selepas TMJ bersuara

BACA LAGI: [VIDEO] Naik tangan hayun muka lawan, fans ‘hairan bin ajaib’ Arif Aiman tak dilayang kad merah

Bukan itu sahaja, Mora yang dipilih sebagai finalis jurulatih terbaik Liga Perdana Kanada tersebut juga mendapat pujian daripada Presiden York, Ricardo Pasquel kerana berhasil menetapkan standard baharu kepada kelab terbabit.

Tidak lama selepas berita perpisahan, Mora yang kini tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana kelab difahamkan sedang menjadi sasaran pasukan berpangkalan di Liga Malaysia (Liga M).

Kelab yang dimaksudkan ialah Selangor FC apabila sebuah laman penyokong bola sepak, Palatao Bola memuatnaik khabar angin mengatakan Gergasi Merah dan Harimau Malaya berkemungkinan sedang bersaing mendapatkan khidmatnya.

main pic pic

Mora disasarkan sebagai salah satu pilihan Selangor. — Facebook/KDAFC

Nama Mora dikaitkan dengan Gergasi Merah selepas Nidzam Jamil meninggalkan kelab Lembah Klang itu pada bulan lepas dan pihak pengurusan masih mencari-cari pengganti yang boleh membantu mereka mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two.

Pengendali kelahiran Mexico itu salah seorang calon yang sesuai susulan dia pernah membantu Harimau Selatan sehingga ke saingan kalah mati ACL dan memenangi empat kejuaraan Liga Super Malaysia.

Mora yang memulakan tugas menjadi pengendali JDT pada 2017 itu dilabel sebagai jurulatih paling berjaya kerana turut menghadiahkan empat Piala Sumbangsih dan satu Piala Malaysia.

Bagaimanapun, sehingga berita ini dilaporkan, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai desas-desus tersebut dan Mora juga dikatakan sedang menjadi buruan kelab Mexico. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram