JOHOR Darul Takzim (JDT) menepati ramalan dengan mudah menewaskan Perak FC 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, pada Ahad.
Pendahulu liga itu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil jaringan Romel Morales yang mudah menolak masuk bola muntah di depan pintu gol hasil kesilapan penjaga gawang lawan, Ramadhan Hamid yang gagal gagal menangkap kemas hantaran lintang dari pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Berselang dua minit, penyerang sensasi skuad Harimau Selatan, Begson Da Silva mencetak gol kedua apabila menyempurnakan ruang terhidang betul-betu di hadapan kotak penalti dengan merembat masuk leret bola ke penjuru kanan gawang.
BACA LAGI: Boleh elak gol jika bek lebih 'alert', Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan
BACA LAGI: Jauh beza dengan trio JDT, gandingan peledak Selangor ibarat tiada 'chemistry' jumpa Jeonbuk
Jaringan tersebut membolehkan Bergson mencatat gol ke-17 buatnya hanya selepas 14 perlawanan Liga Super musim ini.
Romel kemudiannya melebarkan pendahuluan JDT dengan menghasilkan jaringan ketiga selepas menerima menolak masuk bola hantaran lintang daripada Juan Muniz pada minit ke-35 sekali gus menewaskan Ramadhan.
Perak FC kemudiannya hampir merapatkan jurang selepas pengadil membuat pemeriksaan daripada Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk kekasaran yang dilakukan Feroz Baharudin ke atas pemain sayap Perak FC pada minit ke-40.
Bagaimanapun, selepas melihat video ulangan, pengadil membuat keputusan untuk tidak menghadiahkan penalty kepada The Bos Gaurus (TBG).
Selang beberapa minit, JDT kemudiannya mendapat sepakan penalti selepas VAR mengesan kekasaran dilakukan pertahanan Perak FC, Jesper Nyholm ke atas Bergson.
Seperti dijangka, Bergson tidak memiliki masalah untuk menyudahkan sepakan penalti tersebut sekali gus membolehkan JDT mendahului Perak FC 4-0 selepas tamat separuh masa pertama.
Dalam pada itu, keputusan pengadil dilihat menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong TBG khususnya kerana tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan kesayangan mereka.
Malah, ada antara mereka yang sudah menjagka bahawa JDT seakan-akan sudah pasti mendapat sepakan penalti dalam aksi tersebut.
"Memang tiada pengadil lain ke kalau Perak FC lawan JDT. Aneh-aneh sahaja," tulis Firdaus Anwar.
"Penalti pasti bang," balas Wan Rizki merujuk kepada JDT.
"Terang-terang Perak dapat penalti. Tapi tak bagi, takut la tu," ujar Harazz Harazz.
"VAR ada pun tiada guna. Ada sentuhan tu," tulis Shaifol Badzri merujuk kepada keputusan VAR terhadap kekasaran terhadap pemain Perak FC, Clayton.
"Aku ni sokong JDT sebab gaya permainan padu. Tapi kalau itu pun bagi penalti dekat JDT, yang perak patut dapat penalti tak bagi pula. Memang tak adil betul," tulis ammushafiq94.
Pertelingkahan diantara Arif Aiman & Tommy Mawat di hujung permainan!#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/bsO9qbzZaT
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
Memasuki separuh masa kedua, JDT dilihat mengendurkan sedikit intensiti perlawanan.
Namun, skuad Harimau Selatan tetap berjaya menambah jaringan pada minit terakhir perlawanan apabila Bergson meledak hatrik pada minit ke-90.
Bagaimanapun, sebelum itu tercetus satu insiden tegang antara Arif Aiman dan pertahanan Perak FC, Tommy Mawat.
Dalam situasi panas itu, pemain sayap kanan JDT itu turut dirakam seakan-akan menghalakan tangannya ke arah muka Tommy.
Bagaimanapun, sama seperti Tommy, pengadil hanya menghadiahkan kad kuning kepada Arif Aiman.
Pada masa sama, pengadil juga dilihat tidak merujuk kepada VAR sebelum memberikan kad kepada pemain.
Keputusan tersebut ternyata mengundang tanda tanya dalam kalangan warganet yang menyifatkan bahawa pemain Kebangsaan itu sepatutnya mendapat kad merah ekoran kekasaran yang dilakukan terhadap pemain lawan.
"Arif Aiman naik tangan ke muka tapi tak kena red card?" soal palermo_my.
Perlawanan tersebut menyaksikan JDT menewaskan Perak FC 5-0. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram