KEM Terengganu FC dikhabarkan bakal kehilangan khidmat pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov dalam masa terdekat.
Dakwaan mengenai penghijrahan tonggak utama Sang Penyu itu dikongsikan di laman Facebook Terengganu 11 pada Sabtu.
Menurut hantaran tersebut, kontrak Tukhtasinov difahamkan tidak disambung pada musim depan.
BACA LAGI: Jangan ulangi kesilapan lama, 3 jurulatih import bawa 'malang' buat Selangor, Penang dan Terengganu
BACA LAGI: Selangor, Terengganu boleh berebut khidmat Kim Swee jika dilepaskan Sabah
Pemain tengah Sang Penyu, Nurillo Tukhtasinov dijangka tinggalkan pasukan berpangkalan di Pantai Timur itu. — Facebook/TFC
"Nurillo Tukhtasinov bakal tinggalkan Terengganu akhir bulan depan kerana dikhabarkan kontraknya tamat pada Disember 2024 tidak disambung," katanya.
Bagaimanapun, destinasi seterusnya pemain kebangsaan Uzbekistan itu tidak dapat dipastikan.
Tukhtasinov sebelum ini menyertai Sang Penyu pada musim 2023 dan dikatakan menyerupai kualiti yang ada pada bekas pemain import Terengganu yang juga dari Uzbekistan iaitu Sanjaar Shakhmeedov.
Beraksi bersama pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu, Tukhtasinov dianggap sebagai antara rekrut baik berjaya dilakukan skuad Penyu pada musim lalu.
Kehadirannya di padang membuatkan penyokong berasa lebih yakin kerana kualiti yang ada pada Tukhtasinov menjadikan Terengganu lebih ampuh.
Bagaimanapun, berdasarkan laman sesawang Transfermarkt, kontraknya hanya akan tamat pada 10 Januari 2025. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram