BEKAS bintang Real Madrid, Mariano Diaz masih bergelar ejen bebas selepas tiada pasukan menunjukkan minat terhadapnya meskipun tahun 2024 semakin menghampiri penghujung.
Nama Diaz mula dikenali selepas menyertai pasukan remaja Los Blancos pada 2012.
Sejak itu, penyerang Republik Dominica itu tidak menoleh ke belakang selepas meraih 84 penampilan bersama Real Madrid.
BACA LAGI: Salah guna kuasa sebagai presiden, Korea FA mungkin digantung
BACA LAGI: Bergson da Silva curi perhatian, sarung jersi 42 milik Arif Aiman
Selain Real Madrid, Diaz juga pernah beraksi untuk kelab Perancis, Olympique Lyon dan kelab La Liga, Sevilla.
Pemain berusia 31 tahun itu hanya merekodkan 13 penampilan dalam semua kejohanan untuk Sevilla sebelum dilepaskan pada akhir musim 2023/24.
Keadaan ini berlaku disebabkan isu kecederaan yang dihadapinya sebelum ini.
Ia sekali gus menyebabkan Diaz sukar mendapatkan minit permainan yang begitu konsisten seperti mana dia mewakili Lyon pada musim 2017/18.
Sebelum ini mengikut laporan media antarabangsa, Diaz telah menerima tawaran daripada beberapa kelab dari Sepanyol, Portugal, Turkiye dan Asia.
Bagaimanapun, semua tawaran tersebut ditolak atas alasan penyerang berusia 31 tahun itu mahukan sesuatu yang lebih.
Walau apa pun pilihan yang dibuat Diaz, dia harus bertindak segera ini kerana nilainya semakin merudum di pasaran perpindahan.
Mengikut maklumat terkini Transfermarkt, Diaz kini bernilai €1.2 juta (RM5.6 juta) berbanding €22 juta (RM104 juta) pada 2018.
Adakah ini peluang kelab-kelab Liga Super untuk menarik minat Diaz beraksi dalam Liga Malaysia sekali gus mengikuti cara Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa Jese Rodriguez.
Untuk info, Jese juga merupakan rakan sepasukan Diaz semasa mereka berdua mewakili Real Madrid sebelum kedua-duanya membuat keputusan membawa haluan masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram