SEORANG pemandu lori yang merempuh tiga kenderaan di hadapan sebuah masjid usai selesai solat Jumaat di Jalan Salak Tinggi- Nilai, dekat Kampung Bukit Kadir, Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat didapati positif dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, suspek berusia 31 tahun itu direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Permohonan reman dibuat Sabtu di Mahkamah Majistret Seremban, sebelum Pendaftar Mahkamah, Ain Nuraina Rohaizad membenarkan suspek direman empat hari bermula pada hari yang sama.
BACA LAGI: [VIDEO] Sampai 3 kereta berhenti mengejut cuba elak budak kecil main sendirian di tengah jalan
BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin
"Hasil saringan awal urin juga mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine," katanya menurut laporan Harian Metro pada Sabtu.
Pemandu lori yang merempuh tiga kenderaan di hadapan sebuah masjid usai selesai solat Jumaat di Jalan Salak Tinggi- Nilai, dekat Kampung Bukit Kadir, Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat didapati positif dadah. pic.twitter.com/xe3h9aBzNq
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 2, 2024
Justeru beliau berkata, kes disiasat mengikut 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(c) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, media melaporkan tular satu klip video memaparkan sekumpulan penduduk kampung menggesa pemandu lori yang enggan keluar selepas dikatakan merempuh tiga kenderaan di lokasi kejadian.
Abdul Malik berkata, hanya pemandu dan penumpang sebuah kereta saja yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, brek lori itu tidak berfungsi lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tiga kenderaan jenis Proton S70, Honda CRV dan Perodua Kenari.
"Perodua Kenari itu berpusing lalu melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di bahu jalan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram