Sebelum 'dirisik' Man United, Amorim rupanya pernah ditolak Liverpool sebab formasi


  • Podium
  • Selasa, 29 Okt 2024

Amorim masih belum membuktikan kebolehan sebenarnya di pentas tertinggi setakat ini. — Agensi

PEMECATAN Erik Ten Hag daripada jawatan pengurus Manchester United menimbulkan 1,001 spekulasi mengenai penggantinya dengan pembantunya, Ruud van Nistelrooy kini memegang peranan itu buat sementara.

Namun, dengan skuad The Red Devils memiliki reputasi tersendiri, mereka memerlukan seseorang yang berkaliber serta berpengalaman dalam arena bola sepak Eropah.

Pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim ketika ini hangat diperkatakan sebagai pengganti melihat kepada perubahan yang sudah dilakukan terhadap kelab Portugal itu.

BACA LAGI: Bukan Klopp, Zidane jauh sekali, coach Sporting nama paling panas ganti Ten Hag

BACA LAGI: Liverpool sedia lepaskan Salah, 2 kelab Saudi sedia berebut buru Egyptian King

skynews-erik-ten-hag-manchester-united_6731070

Ten Hag dipecat selepas permulaan musim yang mengecewakan. — Agensi

Usianya yang masih muda juga menarik perhatian pihak pengurusan Manchester United berdasarkan sasaran mereka untuk meletakkan pengurus akan datang sebagai solusi jangka masa panjang.

Tetapi, masih terdapat sedikit kesangsian mengenai kebolehannya kerana Amorim kurang berpengalaman di tahap tertinggi selain baru sahaja menceburi dunia kejurulatihan kurang 10 tahun lalu.

Malah, sejak disebut-sebut sebagai pengganti Ten Hag, timbul pula laporan terdahulu mengatakan pengurus berusia 39 tahun itu sebelum ini pernah ditolak sebuah lagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool.

Ini kerana sebelum melantik Arne Slot, skuad The Reds pernah menyasarkan pengurus berkenaan, namun kurang tertarik dengan formasi yang sering diterapkannya iaitu 3-4-3.

Walaupun formasi boleh berubah dalam permainan, taktikal berkenaan menjadi batu asas kepada gaya permainan pasukan kerana Liverpool cukup mementingkan serangan di atas padang seperti formasi 4-3-3 yang diamalkan pengurus terdahulu, Jurgen Klopp sebelum ia diteruskan Arne Slot.

2158282326.0

Arne Slot dipilih sebagai pengganti Klopp selepas menolak Amorim. — Agensi

Selain itu, Sporting Lisbon sudah meletakkan klausa pelepasan mencecah £10 juta (RM56.8 juta) dengan kos terlalu tinggi dikhuatiri akan membebankan kewangan pasukan.

Kos berkenaan bagaimanapun pasti tidak akan merisaukan Manchester United yang amat memerlukan seorang pengurus berkaliber selepas bermusim-musim gagal mencatatkan prestasi positif.

Kedua-dua faktor itu menyebabkan Liverpool akhirnya memilih untuk melantik Arne Slot bagi menggantikan Jurgen Klopp yang sudah sembilan tahun bersama pasukan berkenaan.

Namun, keputusan tersebut jelas tidak merugikan kerana mereka ketika ini berada di kedudukan kedua EPL dengan hanya satu mata membezakan mereka berbanding pendahulu, Manchester City. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram