[VIDEO] Fans Indonesia memandai-mandai fitnah Ronaldo kononnya hina bendera 'negara haram'


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Ronaldo mengambil mafla yang dicampak oleh penyokong Al-Hilal selepas tamat perlawanan. — Agensi

BINTANG Portugal Cristiano Ronaldo sememangnya tidak asing dengan sikapnya yang menyokong nasib mereka di Palestin meskipun tidak pernah berkongsi pandangan terbuka mengenai konflik berkenaan.

Selain pernah menderma dana bernilai jutaan ringgit, penyerang antarabangsa Portugal itu difahamkan sering bertindak agresif setiap kali berdepan pasukan dari negara haram Israel.

Baru-baru ini, tular sekali lagi video bintang Al-Nassr itu yang dibaling dengan kain mafla Al-Hilal berwarna biru putih ketika menuju ke bilik persalinan dalam aksi pada awal Februari lalu.

BACA LAGI: Sudah 'lead' Jeonbuk 2-1, Selangor dipesan jangan main santai

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya tak akan cuci tangan sebulan', peminat cilik sepak takraw teruja salam Syahir Rosdi

Menerusi satu hantaran dikongsikan di laman X yang dipercayai penyokong dari Indonesia, mereka seolah-olah membuat tuduhan tidak berasas dengan memfitnah Ronaldo menghina bendera negara haram itu.

"Mereka melemparkan bendera Israel ke arah Cristiano Ronaldo dan lihat apa yang dilakukan Ronaldo terhadap bendera Israel tersebut," katanya.

Dalam video tersebut, Ronaldo membuat tindakan luar jangka terhadap objek tersebut dengan memasukkan mafla tersebut ke dalam seluarnya untuk beberapa saat sebelum dikeluarkan semula lalu dicampak.

Sebelum ini, video tersebut telah tular di media sosial selepas Al-Nassr tewas kepada Al-Hilal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram