PELAKSAAN semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan dilakukan selepas pendapatan rakyat meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil mengakui GST lebih efisien berbanding sistem cukai sedia ada, Anwar bagaimana pun tidak mahu ia dilaksanakan secara terburu-buru memandangkan pendapatan rakyat masih di takuk lama.
Tambah Anwar lagi, melaksanakan GST akan bermakna semua pihak akan dikenakan cukai daripada golongan miskin kepada kaya.
BACA LAGI: Bajet 2025: PM Anwar cadang potong subsidi pendidikan anak-anak 'geng super kayangan'
BACA LAGI: PM Anwar sedia isytihar harta bila-bila masa
"Saya bersetuju ia adalah sistem yang paling efisien dan telus. Semua syarikat-syarikat besar mahukan GST. Tapi kena ingat, saya katakan ya, tapi biarkan tahap pendapatan isi rumah naik terlebih dahulu," kata Anwar.
Walaupun bersetuju, tetapi Anwar berkata GST bukanlah sesuatu yang selari dengan falsafah dan corak politiknya.
Anwar berkata, untuk melaksanakan GST, pendapatan rakyat mestilah berada sekurang-kurangnya di tahap RM3,000 hingga RM4,000 bagi memastikan sistem pencukaian itu berjaya.
Pada masa sama, reformasi ekonomi perlu dilakukan dengan isu rasuah dan salah guna pejabat politik di Malaysia mesti diselesaikan dahulu sebelum mengembalikan GST.
Anwar turut berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan diberikan perhatian istimewa dalam pembentangan Belanjawan 2025 kelak. — The Star/ARFA YUNUS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram