TINDAKAN murni seorang lelaki menahan pemandu lori untuk menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya lain mendapat reaksi positif daripada orang ramai.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan itu dikongsi oleh pengguna Facebook, Rulamrul Advansado menerusi satu hantaran video.
Lelaki itu bertindak untuk menahan lori berkenaan selepas melihat keadaan tayar kenderaan berat terbabit tidak berada dalam keadaan yang baik.
BACA LAGI: Bajet 2025: Kementerian Komunikasi fokus memantapkan perkhidmatan internet dalam pendidikan
BACA LAGI: 'Terima kasih Bos', belum sampai 24 jam, Jese Rodriguez buat fans Harimau Selatan teruja
Apabila lelaki itu mendekati bahagian tayar lori tersebut alangkah terkejutnya apabila tinggal hanya satu skru yang ada pada kawasan tersebut.
Disebabkan sikap cuai pemandu lori itu, tayar lori berkenaan mungkin boleh tercabut dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna lebuh raya lain.
"Aku tahan satu lori ini, suruh dia berhenti. Kau tahu apa yang berlaku kalau aku tak tahan lori ini?
"Kau tengok tayar dia, dah 'gelong' tengok berapa banyak dah skru tercabut, ini tinggal satu sahaja.
"Bahaya ini kalau aku tak tahan, aku nampak tayar dia dah gelong sebab itu aku tahan," jelas lelaki itu di dalam video.
Disebabkan tindakan lelaki itu yang peka akan keselamatan pemandu lain, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian dan reaksi positif.
"Ini baru betul membantu sesama pengguna jalan raya terbaik 'bro' selamatkan nyawa," kata Mohdasrri Yaakup.
"Sebiji tayar dia kena kereta boleh bersepai kereta itu," ujar Mohd Azwan.
"Terima kasih abang, usaha abang nak selamatkan nyawa memang terbaik," luah Wan Azhar.
"Pemandu malas itu sebab tak periksa lori, ingat ambil 'trip' sepatutnya waktu mula bawa lori dan waktu balik kena periksa semua itu.
"Benda itu tak terus tercabut, kena sentiasa periksa. Saya pemandu lori, saya tahulah," jelas Jos Jos. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram