SEORANG pengadil di Indonesia tumbang selepas ditumbuk oleh pemain ketika bertugas dalam acara bola sepak dalam temasya Pekan Olahraga Nasional (PON) Indonesia.
Sepanjang tempoh 90 minit permainan itu, ia disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi ketika pertembungan kedua-dua pasuka tersebut sedang berlangsung.
Terjahan keras yang dilakukan oleh Wahyu Aiman dan Moh Akbar terpaksa dikenakan kad merah menyebabkan skuad Sulawesi Tengah bermain dengan sembilan orang.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya nak main untuk Selangor', Razman Roslan kata bukan hanya sebab Hamidin suruh keluar
Malang berganda buat Sulawesi Tengah apabila dihukum sepakan penalti berpunca daripada pemain Aceh, Muhammad Nur Mahyuddin, yang dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-95.
Keputusan kontroversi itu mengakibatkan pemain tengah Sulawesi, Muhammad Rizki Saputra, bertindak menumbuk pengadil permainan, Eko Agus Sugiharto, sekali gus rebah di atas padang dan diberi rawatan pantas oleh pegawai perubatan.
Menurut laporan media tempatan, Eko Agus membuat beberapa keputusan kontroversi yang banyak memihak kepada pasukan Aceh sebagai tuan rumah dan perkara ini membuat pemain Sulawesi tidak berpuas hati.
Selepas insiden itu, pasukan perubatan terus masuk ke dalam padang bagi memberi rawatan kepada Eko dan dibawa keluar padang oleh staf keselamatan.
Kelakuan pemain tersebut mencetuskan kemarahan penyokong Aceh yang mula membaling objek ke dalam padang sebagai bantahan terhadap apa yang berlaku.
Rizki kemudiannya dilayangkan kad merah ketiga pasukan Sulawesi sejurus perlawanan bersambung semula sebelum penjaga gol menyelamatkan sepakan penalti yang diterima pasukan Aceh.
Pertandingan sepakbola Aceh vs Sulteng di PON 2024 ini kalo menurut saya sih KOCAK ABIIEEZZZ.
Saya juga sedikit kecewa, soalnya wasit kena pukul di leher. Kenapa gak ditendang aja bagian kepala atau dada aja???
Itu menurut saya sih, kalo menurut yg lain gimana??? pic.twitter.com/BEzAM2C83J
— LAMBE LURAH (@lambepaklurah) September 14, 2024
Namun, Aceh menerima satu lagi sepakan penalti yang disempurnakan Akmal Juanda untuk mengikat kedudukan 1-1 dan membawa Aceh ke peringkat seterusnya susulan Sulawesi Tengah enggan meneruskan perlawanan.
Untuk makluman, PON adalah sama seperti temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan di negara ini dan kejadian itu berlaku pada 14 September lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram