‘Jalan terus’, ucapan hari lahir Baddrol Bakhtiar terhadap Rizal Ghazali penuh bermakna, sempat sisip doa dimurahkan rezeki


  • Podium
  • Rabu, 02 Okt 2024

Persahabatan Baddrol (kiri) dan Rizal terjalin bertahun-tahun lamanya dan kekal sehingga hari ini. — Facebook/Kedah FA

HUBUNGAN Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali sememangnya tidak perlu diperkatakan lagi kerana kedua-dua mereka sudah berkongsi padang bertahun-tahun lamanya.

Selepas beraksi bersama-sama ketika di Kedah, mereka kemudiannya sekali lagi bergabung di Sabah FC untuk berada di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Tidak cukup dengan itu, persefahaman mereka turut terjalin ketika masing-masing dipanggil ke dalam skuad kebangsaan dengan kedua-dua pemain itu pernah menjadi tonggak Harimau Malaya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rembatan Baddrol, hatrik 'assist' Hidalgo antara yang pernah menghantui JDT

BACA LAGI: Mehmet pernah dapat amaran naikkan pangkat Adib Raop lepas 'ayamkan' Baddrol Bakhtiar

2180767

Persahabatan Baddrol (kiri) dan Rizal diteruskan ketika di Sabah FC.

Persahabatan berkenaan masih kekal sehingga hari ini meskipun Baddrol tidak lagi terlibat dalam arena bola sepak setelah memilih untuk mencebur ke dalam dunia politik pada 2022.

Selain beberapa kali bertemu, Baddrol dan Rizal juga sering menghubungi antara satu sama lain apabila masing-masing pernah mengadakan sesi TikTok Live bersama-sama.

Malah, pada Rabu, mereka sekali lagi menunjukkan keakraban di media sosial ketika Baddrol sempat memberikan ucapan hari lahir ke-31 kepada rakan akrabnya berkenaan.

"Selamat hari lahir sahabat, Rizal Ghazali. Semoga dianugerahkan kesihatan dan dimurahkan rezeki. Jalan terus," katanya sambil menyertakan gambar ketika mereka berada di Sabah FC.

WhatsApp Image 2024-10-02 at 9.56.46 AM

Baddrol mengucapkan selamat hari lahir kepada rakan akrabnya itu.

Rizal sudah tentu menghargai keakrabannya bersama Baddrol yang bersama-sama ketika susah senang, termasuk ketika bek kanan itu terlibat dalam kes mahkamah baru-baru ini.

Selain itu, kedua-dua mereka pasti memahami cabaran pernah dialami, termasuk isu tunggakan gaji yang pernah melanda ketika mereka beraksi di Kedah dan Sabah.

Masalah berkenaan terus menghantui Rizal ketika ini memandangkan mereka masih beraksi buat skuad Sang Kenari dengan laporan mengatakan pemain tidak menerima bayaran untuk beberapa bulan.

Baddrol juga masih berusaha memastikan semangat pemain kelab Utara tanah air itu, termasuk Rizal supaya tabah menghadapi isu berkenaan dengan usaha cuba dicurahkan kerajaan negeri tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram