'Apa lagi alasan nak bagi?', fans cadang bubarkan Harimau Kumbang sebagai solusi terakhir


  • Podium
  • Isnin, 30 Sep 2024

Sebahagian aksi menarik antara pemain Penang FC (kiri) yang cuba merampas bola daripada The City Boys. — Facebook/Penangfc

PENANG FC terpaksa menelan pahit selepas tunduk kepada Kuala Lumpur (KL) City FC dengan keputusan 2-4 dalam saingan Liga Super 2024 pada Ahad.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan skuad kendalian Miroslav Kuljanac berjaya membenam cabaran anak-anak buah Akmal Rizal Rakhli.

Meskipun pelawat menggegarkan gawang tuan rumah seawal minit ketiga menerusi Adib Ra'op, namun gol tersebut tidak membuatkan tuan rumah goyah.

BACA LAGI: VAR negara di landasan terbaik standard FIFA, bakal latih 3 pengadil wanita — FAM

BACA LAGI: [VIDEO] Bantu Kelantan Warriors mara suku akhir, tekong import Thailand ucap selamat tinggal

Malah, anak-anak buah Kuljanac hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol penyamaan 1-1 menerusi kapten pasukan, Paulo Josue.

Pada minit ke-22, pemain import KL City FC, Jovan Motika mencetak satu jaringan sebelum Haqimi Azim menambah derita Harimau Kumbang dengan meledak dua gol pada babak kedua.

Meskipun ketinggalan 1-4 pada penghujung perlawanan namun penyerang Harimau Kumbang, Rodrigo Dias berjaya menambah satu gol sekali gus menyaksikan keputusan akhir 2-4.

Susulan kekalahan tersebut, 'pemain ke-12' Harimau Kumbang mengkritik persembahan yang ditampilkan oleh benteng terakhir Penang, Sikh Izhan Nazrel yang dilihat melakukan kesilapan mudah sebagai penjaga gol berpengalaman.

Bukan itu sahaja, ada juga penyokong mula mempersoalkan kesungguhan pemain Harimau Kumbang yang masing-masing ketika ini kebajikan terjaga dengan baik.

"Apa lagi alasan coach Akmal Rizal nak bagi? Tiada idea, taktikal apa dia pakai, player simple football pun tak reti, janji main cukup bulan gaji masuk, teruk sangat ini. KL City yang ada masalah gaji pun main bersungguh-sungguh,bubar sajalah senang," kata Haikal Mia.

"Ikut suka hampalah, pasukan ada masalah gaji pun boleh menang inikan pula pasukan gaji sedia on time boleh kalah, gaji tiada masalah pun boleh kalah," kata Muhammad Nur Amin.

"Gaji on time pun masih melingkup, masih kalah juga, apa cerita ini?, kata Sharizam Said. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram