SELANGOR FC berjaya mencuri tiga mata berharga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu selepas menewaskan Sang Penyu dengan keputusan 1-0 bagi saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.
Gol tunggal itu terhasil menerusi penyerang Gergasi Merah, Ronnie Fernandez yang hanya memerlukan 27 saat sahaja untuk mencipta gol terpantas dalam saingan Liga Super musim ini.
Rekod sebelum ini dimiliki oleh penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syafiq Ahmad dengan rekod gol terpantas 33 saat yang menyaksikan aksi Sang Kenari bertemu PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada 11 Mei lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Bantu Kelantan Warriors mara suku akhir, tekong import Thailand ucap selamat tinggal
Kemenangan berharga di bumi Terengganu itu akhirnya menyaksikan Gergasi Merah meraih dua kemenangan di laman lawan selepas satu diperolehi ketika bertemu Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu dengan keputusan 2-1)pada 13 Ogos lalu.
Dalam pada itu, pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menyifatkan gol 27 saat itu hasil kerja keras daripada anak-anak buahnya yang dahaga akan kemenangan dan bukannya nasib semata-mata.
“Kami tidak banyak memenangi perlawanan di tempat lawan tahun ini, jadi kemenangan ini penting untuk semangat kami. Kami perlu lari daripada tanggapan bahawa kami gagal memenangi perlawanan di tempat lawan.
“Perlawanan terbuka sehingga minit terakhir tetapi kami tetap bertahan untuk memastikan kami kekal menghuni tangga kedua dalam carta liga.
"Nasib berlaku apabila ada persiapan dan kerja keras. Jika anda tidak mempunyai kedua-dua elemen itu, maka akan ada kemungkinan nasib malang.
“Anda juga memerlukan perancangan taktikal. Apabila jurulatih Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner membawa masuk Ismaheel Akinade dan Chijioke Nnabuike dan kemudian beberapa penyerang sebagai pemain gantian, kami terpaksa mengawasi pemain tersebut.
“Secara taktikal, kami terpaksa membawa masuk Ahmad Khuzaimi Piee pada 10 minit terakhir. Dia bermain dengan baik walaupun tidak mempunyai minit permainan selama hampir empat bulan.
“Perubahan yang kami lakukan memastikan kami menamatkan perlawanan dengan tiga mata," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,