[VIDEO] Bantu Kelantan Warriors mara suku akhir, tekong import Thailand ucap selamat tinggal


  • Podium
  • Sabtu, 28 Sep 2024

Sebahagian aksi menarik antara pemain Kelantan Warriors bertemu PDRM Defenders dalam suku akhir GP Terengganu pada Jumaat.

PERLAWANAN pembukaan suku akhir Grand Prix (GP) Terengganu, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 menyaksikan PDRM Defenders mencetak kejayaan untuk melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Kelantan Warriors 2-0 (17-15,15-10).

Meskipun berjaya mengesahkan slot ke suku akhir GP Terengganu namun Kelantan Warriors dilihat tidak menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin.

Kelantan Warriors sebelum ini mengejutkan peminat bola rotan apabila berjaya muncul juara bagi Divisyen 1 selepas menewaskan Selangor Pistons dalam aksi rubber set 15-21,15-17,10-15 Ogos lalu.

BACA LAGI: Anak jati Kedah hampir pasti tinggalkan Pantai Timur, kembali ke pangkal jalan

BACA LAGI: [VIDEO] Baru masuk Selangor, ramai mula samakan Abualnadi dengan bekas bek Lubnan

WhatsApp Image 2024-09-27 at 20.49.44

Kelantan Warriors tewas 0-2 kepada PDRM Defenders dalam aksi suku akhir GP Terengganu.

Meskipun tewas di tangan PDRM Defenders, Ketua Jurulatih Kelantan Warriors, Rukman Mustapha tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya.

"Untuk prestasi Kelantan Warriors kalau dari segi perlawanan sebelum ini, saya sebagai jurulatih berpuas hati dengan komitmen yang pemain tampilkan buat Kelantan Warriors," katanya kepada Majoriti.

Menjelang aksi GP Perak yang akan bermula pada 9 hingga 13 Oktober nanti di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak, Rukman mendedahkan bahawa pasukannya itu kini berdepan dengan situasi memeningkan.

"Ketika ini kami berdepan dengan situasi memeningkan kerana kami kekurangan pemain di posisi apit kanan dan tekong.

"Untuk makluman, GP Terengganu ini, apit kanan kami, Mohamad Haikal Mohamad Jamil tidak dapat mengikut perlawanan kali ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

"Itulah masalah utama yang kini kami hadapi dan menjadi pemain antara punca Kelantan tidak menampilkan persembahan yang cukup baik," ujarnya.

Begitu pun, bukan sahaja kehilangan apit kanan, Rukman yang berusia 45 tahun itu turut mendedahkan bahawa kem Kelantan Warriors turut kehilangan khidmat tekong utama iaitu Purached Yodsaen.

"Untuk GP Perak pula Kelantan Warriors boleh diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana kami kehilangan khidmat tekong utama.

"Saya difahamkan Purached baru sahaja mendapat kerja tetap di Bangkok dan kita memahami perkara tersebut.

"Kita akan berdepan masalah dari segi tekong dan aksi di GP Terengganu merupakan aksi terakhir Purached bersama Kelantan Warriors," kongsinya.

Mengulas lanjut mengenai Kelantan Warriors, Rukman yang merupakan anak jati pasukan Pantai Timur itu sempat berkongsikan kelemahan utama anak-anak buahnya.

"Kelemahan utama adalah dari segi pertahanan dan kita memang lemah di bahagian tersebut yang menyebabkan Kelantan Warriors agak sukar nak kekalkan prestasi.

"Kalau bercakap mengenai kesilapan mudah ini, apa yang saya nampak adalah kesilapan dari aspek servis dan first ball.

"Pemain dilihat berdepan kesukaran untuk menerima servis daripada lawan. Insya-ALLAH kita akan memperbaiki dari masa ke masa," jelasnya.

WhatsApp Image 2024-09-27 at 20.49.44 (1)

Pemain Kelantan Warriors terpaksa berputih mata apabila tewas kali kedua dalam GP Selangor dan GP Terengganu.

Seperti yang diharapkan oleh jurulatih setiap pasukan, Kelantan Warriors turut meletakkan sasaran agar pasukan kendaliannya mara ke peringkat separuh akhir.

"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan balik dari GP Terengganu ini, kami akan menjalankan latihan dengan lebih gigih lagi untuk meneruskan perjuangan di GP Perak, Insya-ALLAH.

"Sasaran kita untuk GP Perak lebih tinggi yang mana kami akan menyasarkan peringkat separuh akhir.

"Hal ini kerana kami berjaya melepasi cabaran untuk ke suku akhir dua kali berturut-turut dalam GP Selangor dan GP Terengganu ini," katanya.

Sebagai rekod, perjalanan Kelantan Warriors di GP Selangor terhenti di suku akhir apabila tewas kepada Perak Bison 2-0 (15-17,12-15). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram