[VIDEO] 'Proven' bawa Selangor ke Asia, kredibiliti Nafuziball buat nama Cheng Hoe, Nafuzi jadi pilihan fans Terengganu FC


  • Podium
  • Isnin, 30 Sep 2024

Nafuzi (kanan) dan Cheng Hoe (kiri) menjadi pilihan penyokong untuk menggantikan Tomislav.

TERENGGANU FC terpaksa akur apabila gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super.

Sebelum bertemu Selangor FC, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner hanya mengutip dua mata hasil keputusan menentang Sabah FC dan Sri Pahang FC.

Terbaru, Sang Penyu tewas dengan jaringan 0-1 di tangan Selangor walaupun beraksi di halaman sendiri hasil jaringan awal pemain import, Ronnie Fernandez.

BACA LAGI: [VIDEO] Kini No. 2 Chinese Super League, JDT perlu awasi bekas anak didik Jurgen Klopp

BACA LAGI: 'Hint kapak, aura viking' bekas rakan sepasukan Ibrahimovic muncul 2 nama jadi teka-teki fans Selangor

Disebabkan kekalahan itu, penyokong Terengganu mula berasakan masa Tomislav sebagai pengendali Sang Penyu sudah tamat.

Meskipun Tomislav berjaya membawa Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia 2023, ia masih belum mampu membuktikan kredibilitinya selaku jurulatih buat Sang Penyu.

Nama bekas jurulatih, Nafuzi Zain mula menjadi sebutan penyokong selepas pencapaian yang pernah dibawa jurulatih muda itu semasa menggalas tanggungjawab daripada Irfan Bakti pada 2019 sehingga 2022.

Bersama Nafuzi, Terengganu pernah menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) di halaman lawan hasil jaringan Hakimi Abdullah pada musim 2021.

Selain itu, taktikal 'Nafuzi Ball' juga terhasil daripada corak permainan cantik semasa pengendali berusia 45 tahun itu membawa Terengganu sepanjang empat tahun.

Bukan sahaja nama Nafuzi menjadi sebutan penyokong, bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe turut mendapat perhatian 'pemain ke-12' kelab Pantai Timur itu kerana pencapaiannya yang dianggap 'proven' (berjaya dibuktikan) dalam bola sepak Liga Malaysia.

Cheng Hoe yang berjaya menyempurnakan misi ke Asia Selangor pada musim lalu kini bergelar ejen bebas selepas tidak disambungkan kontrak oleh kelab Thailand, Police Tero FC.

Nama bekas pengendali Harimau Malaya itu menjadi sebutan kerana Terengganu yang kini mempunyai Safawi Rasid dan Akhyar Rashid pernah cemerlang bersama skuad kebangsaan.

Penyokong percaya bahawa Cheng Hoe mampu menggunakan Safawi Rasid dengan sebaik-baiknya seperti mana semasa bersama Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram