Skuad footgolf negara 'sapu bersih' Piala Asia, layak ke final 3 kategori


  • Podium
  • Khamis, 26 Sep 2024

Kejohanan Piala Asia Footgolf mengumpulkan negara Asia yang cukup digeruni dalam sukan itu untuk bertanding di Desaru, Johor.

SKUAD footgolf negara mencapai sasaran diletakkan orang ramai dalam saingan Kejohanan Footgolf Piala Asia apabila melangkah ke pusingan akhir dalam semua kategori dipertandingkan.

Pencapaian itu boleh dianggap cukup manis bagi pengikut setia sukan berkenaan memandangkan lawan yang dihadapi mempunyai pengalaman tersendiri di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, persiapan rapi dan kebolehan mengawal tekanan membolehkan ketiga-tiga pasukan melangkah ke pentas akhir dalam pertandingan selama lima hari yang diadakan di The Els Club Desaru, Johor bermula Isnin lalu.

BACA LAGI: Tak tidur malam antara 3 petanda anda 'ketagih' bermain Football Manager

BACA LAGI: Pecahkan dominasi JDT antara 3 contoh cabaran 'save' Liga Malaysia di Football Manager

WhatsApp Image 2024-09-26 at 4.54.38 PM

Skuad footgolf yang berentap dalam Piala Dunia di Desaru, Johor.

Pasukan Mens Open dan Mens Senior mengesahkan tempat ke perlawanan akhir dengan masing-masing berada di kedudukan teratas kumpulan sementara bagi kategori Women, mereka muncul naib juara.

Kemaraan itu juga diraih dengan cukup bergaya, terutamanya bagi pasukan Mens Open yang membenam Korea Selatan dengan keputusan 6-0 dalam aksi pembukaan sebelum turut mencatatkan kemenangan dalam baki tiga lagi aksi.

Bagi pasukan Mens Senior pula, mereka menempah tiket ke pentas akhir hasil tiga keputusan mengagumkan ketika berdepan Jepun, Taiwan serta China yang meletakkan skuad tersebut di kedudukan teratas kumpulan.

Pasukan dalam kategori Women pula mengalami kekalahan dalam aksi kedua kepada Jepun, namun masih melangkah ke pentas akhir hasil kemenangan ke atas Korea Selatan dan Australia.

Menariknya, dalam aksi final yang akan berlangsung pada Jumaat ini, kesemua pasukan negara akan bertembung dengan Jepun yang layak digelar jaguh Asia bagi sukan footgolf.

Untuk rekod, pasukan negara bagi sukan berkenaan memiliki kualiti tersendiri apabila pernah mara ke suku akhir Piala Dunia Footgolf 2023 dalam kategori Mens Open.

Pencapaian sedemikian turut direkodkan Jepun, namun masing-masing terpaksa akur dengan kebolehan lawan dalam pertandingan yang diadakan di Orlando, Amerika Syarikat itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram