Azizulhasni nak sambung belajar di Australia — Beasley


  • Podium
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Azizul mungkin akan terlibat dalam beberapa perlumbaan keirin khususnya di Jepun sebelum beliau benar-benar bersara.

MESKIPUN pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sudah bersedia untuk bersara daripada dunia sukan itu, namun kesungguhannya dalam bersukan tidak terhenti disitu apabila beliau tekad untuk menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah universiti awam di Melbourne, Australia.

Perkara itu dimaklumkan jurulatihnya, John Beasley, ketika ditemu bual bersama Reuters selepas penyertaannya dibatalkan dalam acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis pada 10 Ogos lalu.

Tambahnya, The Pocket Rocketman itu bagaimanapun mungkin akan terlibat dalam beberapa perlumbaan keirin khususnya di Jepun sebelum beliau benar-benar bersara.

BACA LAGI: Saya akan jaga kebajikan Azizul — Hannah Yeoh

BACA LAGI: Dihimpit teruk pelumba Perancis, Azizulhasni bagi 6 poin punca misi buru emas gagal

A real warrior: Azizulhasni Awang speaking with coach John Beasley as he arrives to lend his support to Mohd Shah Firdaus Sahrom in the keirin final yesterday. — Bernama

Azizul dan Beasley ketika menyaksikan perlumbaan akhir Shah Firdaus dalam acara keirin di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, Paris, Perancis pada Ahad.

"Awang masih bercadang untuk bersara selepas Olimpik Paris, dan dia akan memberi tumpuan untuk menamatkan pengajian ijazah universiti dalam program Sains Senaman di Universiti Victoria, Melbourne, walaupun dia mungkin masih terlibat dalam beberapa perlumbaan keirin, terutamanya di Jepun," katanya.

"Bagi saya dia tahu nilai pengurusan di sesuatu tempat, mengetuai sukan berprestasi tinggi di Malaysia adalah sesuatu yang baik dalam kariernya. Dia berpotensi membawa perubahan besar kepada sukan di Malaysia," kata Beasley.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan Azizul tidak akan beraksi pada Sukan Olimpik 2028 (LA 2028) di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan baton kini diserahkan kepada rakan seperjuangannya, Shah Firdaus Sahrom.

Melihat kepada keteguhan Azizul untuk terus bersara daripada sukan berbasikal, rakyat Malaysia masih mahukan dia terus menyumbang bakti dalam memburu pingat emas menerusi kapasiti berbeza.

Terdapat seruan daripada rakyat yang mahukan Azizul menjadi jurulatih menggantikan John Beasley dan meneruskan legasinya dalam sukan berbasikal negara memandangkan Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan tugasan Beasley yang terakhir sebagai jurulatih dan selepas ini beliau akan menggalas jawatan pengarah teknikal pasukan kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram